Friday, February 1, 2013

Terima Kasih Tuhan Hari Ini Jumaat 4

Assalamualaikum wrbt.

Pagi itu tiada bau makanan macam pagi-pagi sebelumnya. Tiada suara membangunkan di waktu subuh. Tiada merdu qamat. Tiada bunyi bising blender. Tiada bunyi wisel air dah masak. Tiada bunyi ceplosh ceplosh orang mandi. Tiada lagu-lagu 60an dari radio. Sunyi.

Di katil dan tilam empuk itu, Suzuki merasa lemas. Lembut katil seakan menyedut seluruh badannya ke dalam seperti tanah jerlus. Siling penuh bintang bersinar dalam gelap itu direnung lama. Airmata Suzuki sudah bergelen jatuh ke bantal. Dia sering berharap alam akan menyertai kesuramannya; mengerti kesulitannya.

Tapi tidak begitu. Hari cerah seperti selalu, burung-burung terus senang berlagu. Seakan tidak mengerti resah di hati Suzuki.

Hari itu telefon berbunyi. Kali ini bunyi telefon didengar seakan lain. Seakan panggilannya benar-benar memanggil. Suzuki bangun dengan langkah tergesa-gesa.

"Assalamualaikum. Moshi mosh." sapa Suzuki lembut dan tersekat-sekat.

"Waalaikummussalam, Su is it? its Uncle Alehaandro"

Suzuki mendiamkan diri.

"Suzuki, malam ini Uncle dan Oskar akan sampai jam 10 waktu sana. You dont have to do anything, just be sure to be home ok." sambung Kapten Alehaandro tanpa mempedulikan senyap Suzuki.

"Ok Unlce" jawab Suzuki ringkas.

"Oh ya, Oskar kirim salam, dia suruh Uncle kata "wilukinatdasemun". I dont know what that is but he says ull understand." sambung Kapten Alehaandro.

Suzuki terdiam kembali.

"Well ok then, we'll see u tonight. Assalamualaikum." doa Kapten Alehaandro.

"Waalaikumussalam Uncle." jawab Suzuki.

Suzuki ke ruang tamu, merenung televisyen yang tidak dibuka.

"We're looking at the same moon." bisik Suzuki.

Sekian,
salam alaikum.

No comments: