Tuesday, January 22, 2013

Menara

Assalamualaikum wrbt.

Dari tingkap bilik wa ni boleh nampak menara masjid. Warna kuning, ada 4 speaker tapi yang boleh nampak dari sini cuma dua. Kalau malam takde bulan jarang boleh nampak apa-apa, tapi masih boleh kenal menara, masih boleh kenal pokok-pokok lama yang tinggi merimbun. Bagi wa pokok-pokok ni boleh buat wa tenang. Tapi wa pelik kenapa ramai juga yang wa kenal takut pokok-pokok tinggi. Ada hantu kata mereka. Umur wa dah suku abad. Tak pernah pun nampak hantu. Dalam tv banyak la. Kalau pokok-pokok ni kena tebang, mungkin boleh nampak lampu-lampu tiang di kawasan-kawasan perumahan bersebelahan. Mungkin boleh nampak rempit lumba-lumba, orang memancing tengah malam.

Kadang-kadang juga ada lampu dari pencawang elektrik berkelip-kelip warna merah. Sampai sekarang wa tak tau kenapa kena ada lampu merah tu. Nak elak dari superman langgar kot. Atau mungkin senang langsuir nak cari jalan pulang. Eee.

Suasana tempat wa tinggal sekarang ni sunyi dan ngeri. Bayangkan kolej yang boleh memuatkan 800 orang ni, sekarang tinggal wa sorang je. Wa rasa wa sorang la. Tapi petang tadi lepas main bola nampak 2-3 orang keluar masuk bilik, ke tandas, dan ke masjid. Wa harap itu betul orang. Wa tak kesah pun takde orang. Lagi wa selesa dengan internet makin laju dan takde orang pasang lagu im sexy and i know it ulang-ulang sampai wa panas. Wa panas dan biasanya wa akan buat air teh o atau sekali-sekala buat air nescafe.

Wa bukan nak cakap apa-apa yang penting pun, cuma rasa nak menulis. Maksud wa, menaip. Maksu baru balik jumaat lepas. Tapi tak sempat jumpa sebab wa banyak fikir. Fikir nak kerja, adik-adik nak sekolah. Nak tengok bolasepak inggeris. Malu dengan diri sendiri bila fikir balik. Bila bertahun tak jumpa rasa rindu. Rasa rugi yang tak putus-putus. Aiceh. Its funny right. Bila ada peluang kita tak ambil peluang, bila ada masa kita tak ambil masa, bila tak ada apa-apa kita nak segala-galanya.

Tengah sedap menaip ni wa terperasan yang bunyi kipas wa ni makin kuat. Tapi angin makin perlahan. Jumaat ni wa niat nak lap kipas. Kasi dia muda balik macam brader-brader yang nak pencen baru lepas cukur misai dan janggut. Kasi lebih power dan nampak tajam.

Kipas ni wak nak kasi nama taufan.

Esok kalau sempat, nak pergi beli bet pingpong dengan bolanya sekali. Nak main sorang-sorang sampai terer. Lepastu nak masuk pertandingan pingpong dan main bersungguh-sungguh. Dulu masa duduk rumah lama dekat ampangan ada banyak medal pingpong. Entah siapa punya. Ingatkan ayah punya menang lawan pingpong, tapi mama kata bukan. Habis, siapa punya? Takkan hobi ayah masa muda kumpul medal pingpong? Takkan itu peninggalan orang yang duduk rumah tu sebelum kami? Lantaklah. Mama kata dia suka kumpul stem. Suka tanam orkid. Tapi bila tengok barang-barang lama mama banyak simpan resepi masakan. Patutla mama terer masak. Wa balik tiap-tiap minggu sebab nak makan mak wa masak. Tak salah kan. Jangan nak buat kening kerut-kerut.

Tapi wa tak rasa ada yang sempat buat kekening tu. Sebab panjang sangat wa taip. Mesti dah ada yang berhenti membaca di rangkap kedua baris ketiga. Ingat tak soalan macam ni masa sekolah dulu? Suruh terangkan apa maksud ayat, suruh cari siapakah yang dimaksudkan dengan helmi pemain pianao dan sebagainya. Itu nak test kefahaman ke cane? kalau iye nak test kefahaman, kenapa nak faham sangat cerita macamtu? kenapa nak kena baca novel yang tak boleh jadi tv series macam cerita-cerita alaf 21? kenapa?

Dan lu orang takkan rasa best sangat pun cerita menara wa ni sebab dalam ni takda cerita pasal lu orang sangat pun. Wa tau la sebab kalau kita tengok gambar kelas kita dulu-dulu, orang pertama sekali kita cari mesti gambar kita sendiri kan.

Narsis. Wa kenal perkataan ni masa umur wa 24 tahun.

Sekian.
salam alaykum.


No comments: