Tuesday, July 14, 2015

Bisikan Ramadhan.

Assalamualaykum wrbt.,

In shaa Allah lagi 2 hari kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Berakhirnya bulan pengampunan,; bulan Ramadhan. Sob sob. Bermulalah Syawal, bulan rendang dan karbohidrat. Yey.

Persoalannya, TAK BALIK KAMPUNG KE?

Balik. Kampung mana? Kampung. Apa definisi kampung ni eh? Kalau nanti tahun 2020 semua tempat dah bandar (harapan primary school). Balik mana? Mungkin ke satu hari nanti, dah tak ada kampung lagi, orang akan tanya, tak balik bandar ke?

Entah.

Kampung tu, bagi aku, tempat ketua keluarga kita duduk, kot. Kalau ketua keluarga kita duduk Venezuela, dekat Venezuela lah kampung kita walaupun kita sebut Venezuela pun baru sekali ni je. Mana eh Venezuela?

Lebih tepat lagi, kalau yang masih bertuah, ada atuk dan nenek, beraya lah rumah atuk dan nenek. Balik kampung juga orang sebut walaupun atuk nenek kau duduk sebelah KLCC.

Bagi yang dah tak ada atuk dan nenek, balik mana? takkan balik rumah atuk dan nenek jiran ye dak. Balik la rumah mak ayah. Bagi yang dah berkahwin, balik la raya rumah atuk nenek mertua, atau mak ayah mertua.

Yang baru  kapel tu tak payah la acah acah balik rumah bakal mak mertua, bakal nenek mertua konon, tunggu sikit hari kau gaduh pasal pecal leleh mana lagi sedap kat area Bangi baru kau tau berapa thousand feet lagi baru boleh pegang awan dan kita akan disatukan dengan ikatan pernikahan... Oh... kasih di sana kita bina tugu cinta mahligai bahgia, semoga cinta kita di dalam redha ilahi berdoalah selalu moga jodoh berpanjangan..

Atau mungkin ada sesetengah family sekarang ni entah kenapa gejala pergolakan famili member kan. Sini tak ngam sana, sana tak ngan sini. Merajuk sana merajuk sini. Balik sini salah, balik sana macam mengaku kalah. Biasalah, faktor usia, makin tua makin hati kaca. Jangan fikir banyak. Raya ni peluang. PELUANG mohon maaf, PELUANG memaafkan, PELUANG menyambung ikatan, PELUANG menebus kesalahan. KADANG-KADANG orang bukan nak apa, nak dengar kita kata "sory" je. Eleh.

Kepada yang tak ada atuk nenek, or mak ayah, aku doakan korang semua tabah. Moga sambutan Syawal tetap meriah. Meh, balik Bangi aku jemput dtg rumah.

Ade dekat 10 kali aku ulang perkataan balik ni. Point nye cuma nak cakap, balik la bro/sis. Balik kampung. Pedulikan kata menteri pasola. Pedulikan kata pakar kewangan. Pedulikan kata bos2 gila jawatan. Balik. Kalau depa tak bagi. Bisik lembut2 dalam telinga diorang "kepala hotak engkau". Kompem dapat balik kampung, duduk kampung sampai Raya Haji pun boleh.

Sekian, assalamualaykum wrbt.,
Selamat Berpuasa, Selamat Hari Raya.
Kosong Kosong Ye!

p/s: Kalau tak dapat balik juga nak buat macam mana, jodoh pertemuan di tangan Allah swt. Sabar lah ye. Ade ler hikmahnya.