Thursday, December 27, 2012

Herkulis

Assalamualaikum wrbt.

"Herkulis, nenda mahu kamu bernikah dengan sepupu kamu, Kleopatra"
kata nenek kepada Herkulis.

"Tapi nenda, Herkulis masih belum bersedia untuk perkahwinan"
jawab Herkulis kepada neneknya

"Sedia atau tidak, bolos saja dinding itu"
kata nenek Herkulis seakan berseloroh.

"Tidak"
detik Herkulis dalam hatinya, lalu memohon diri tanpa berpaling. Berpaling dan tidak akan menjeling ke belakang. Terus, tanpa kembali.

Bukan kerana lawannya raksasa pemakan manusia, bukan kerana lawannya tentera tidak mati dari Sungai Nil. Hanya kerana permintaan seorang wanita, yang dipanggilnya nenda.

Sekian,
salam alaykum.


No comments: