Friday, December 28, 2012

Pencerobohan Sistem

Assalamualaikum wrbt.

Kita hidup kena ada sistem.
Membawa maksud kita hidup kena ada suatu kondisi harmonis dan interaksi yang teratur.

Bangun tidur bersistem.
Mandi bersistem.
Solat bersistem.
Kerja, lagilah kena bersistem.

Kebanyakan orang akan marah kalau ada yang mengganggu keharmonian sistem yang telah dibina. Tapi orang yang paling kool adalah orang yang bijak mengatur kembali sistem sedia ada mengikut peredaran masa. Seringkali kool itu kerana terpaksa. Sistem dipaksa dan terpaksa diubah. Tapi wa akui, memang menyusahkan diri. Demi kesenangan orang lain, sekali sekala mungkin tak mengapa.

Namun, jangan sentiasa berharap orang akan mengatur kembali sistem mereka, hanya kerana anda tidak memahami sistem mereka. Hanya kerana anda mempunyai kuasa yang lebih sikit besarnya dari tuan punya sistem. Itu, biadap namanya. Kenali, dan fahami sistem yang sedia ada. Ubah untuk kebaikan semua, tak mengapa. Jangan ubah untuk kepentingan diri sendiri atau demi satu kelompok yang jahil dan tidak mahu mengerti, tidak mahu belajar mengerti, sistem orang lain.

Sekian,
salam alaykum.


No comments: