Wednesday, December 26, 2012

Kura-kura dengan dua ekor lagi kura-kura.

Assalamualaikum wrbt.

"Weh, aku lapar la"
kata kura-kura 1.

"aku pun"
jawab dua ekor lagi kura-kura dengan serentak.

"Jom kita cari makanan"
ajak si kura-kura 1.

"Jom!"
jawab dua ekor lagi kura-kura dengan serentak.

Dalam perjalanan mencari makanan,
mereka terserempak seekor labi-labi yang cedera di bahagian hamstring.

"Kenapa dengan hamstring kamu labi-labi?"
tanya kura-kura 1.

"Masa lumba lari dengan itik tadi tersalah step, itu yang cedera"
jawab labi-labi.

"Kamu sudah makan? kami sedang dalam perjalanan mencari makanan ni"
kata kura-kura 1.

"Belum, saya lapar. Tapi saya tidak larat berjalan. Boleh kirim?"
pinta labi-labi.

"Boleh"
jawab dua ekor lagi kura-kura dengan serentak.

Dua ekor kura-kura pun pergi mencari makanan sementara kura-kura 1 menemani labi-labi.
Setelah berjalan beberapa tapak, dua ekor lagi kura-kura pun sampia ke sebuah tasik dan menyelam serentak.

"Alamak!"
jerit dua ekor lagi kura-kura, serentak.

"Kami tertelan pasir!"
kata mereka lagi, serentak.

Dua ekor lagi kura-kura pun mati lemas.
Setelah melihat dua ekor lagi kura-kura tidak timbul-timbul,
kura-kura1 dan labi-labi semakin tidak keruan laparnya.
Kura-kura 1 pun mengambil keputusan untuk menyelam ke dalam tasik mencari makanan.

"Aku turun dulu ya"
kata kura-kura 1 kepada labi-labi yang kesakitan.

Selepas beberapa lama menyelam, kura-kura 1 masih tidak timbul.
Labi-labi mengambil keputusan untuk mencari kura-kura 1.
Labi-labi pun menyelam dan terlihat kura-kura 1 telah hilang nyawanya.
Dua ketul batu telah tersumbat ke dalam lubang hidung kura-kura 1 menyebabkannya hilang imbangan dan lemas.

Kegemparan melihat kura-kura 1 bertambah-tambah apabila selepas itu labi-labi terlihat pula dua ekor lagi kura-kura tersepit di bawah dahan kayu dengan mata terbeliak. Hamstring labi-labi bertambah sakit dan akhirnya labi-labi juga menghembuskan nafas terakhir akibat tidak mampu untuk berenang ke atas darat akibat kecederaan yang serius itu.

Sekian,
salam alaykum.

No comments: