Wednesday, June 13, 2012

RANDOM: KONVO IN ZE FAMILIA

Assalamualaikum wrbt.

Ape khabar semua? wa harap lu semua sehat dan terus hidup.
Macam mana judul post wa kali ni?
Ada bunyi macam orang Perancis?
Tahun ni wa sokong penuh pasukan ENGLAND untuk EURO.
Why? sebab Steven Gerrard adalah kapten ENGLAND.
Who? Steven Gerrard la, tak kenal? kapten LIVERPOOL.
Kamu semua sokong pasukan mana?
Undi adalah rahsia yang selalu kita kongsi bersama. Eh.

Ok la, tadi tu kira warm up intro.
Beberapa puluh jam yang lepas kami adik beradik menghadirkan diri ke konvokesyen datin s.
Who? Ye, Datin S untuk julung kalinya akan mengambil ijazah sarjana muda kejururawatan.

Where? Di PWTC tempat yang senang parking kalau sampai sana pukul 6.45 pagi. Turut hadir bersama adalah adik-adik beliau merangkap pakcik dan makcik wa iaitu familia Shazat dan juga familia Cuina. TERIMA KASIH kami ucapkan kepada yang dapat meluangkan masa.

KONVOKESYEN berlangsung dengan ringkas dan penuh bergaya. Wa dan Iqbal dapat meloloskan diri untuk duduk di 3 barisan paling hadapan bersenjatakan 2 tiket masuk. Walaupun gambar yang kami ambil dari situ masih tidak berapa jelas, namun tepukan kami dua beradik cukup menggegarkan dewan merdeka itu saat Datin S berjalan mengambil skrol. Ye, hanya kami berdua sahaja yang tepuk tangan.

TAHNIAH kami ucapkan kepada Datin S yang telah bertungkus lumus menamatkan pengajian tanpa dibantu oleh sesiapa termasuk anak-anak yang tak berapa rajin. Kami adik beradik berbangga dengan anda. Semoga pencapaian anda ini dapat menyuntik semangat kepada semua rakan-rakan kita yang sedang menamatkan pengajian.

Bersama ini kami sertakan juga gambar-gambar viral untuk dikongsi bersama. INGAT, undi anda adalah rahsia yang perlu dikongsi bersama.

Paling kanan ialah Datin S
Ikmal pun dah pandai buat muka macam wa.
with Shazat.
Sekian, salam alaykum.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah Mama.