Friday, October 14, 2011

Lalu Terfelo-Felolah Beliau : Komplen

Assalamualaikum wrbt.

Ada sekali tu, student tempat gua komplen pasal bilik die banyak semut.

Semut banyak. Semut banyak. Semut banyak.

Berulang kali gua cuba memproses aduan tersebut.

"Dik.. semut ni.. memang banyak dik.. adik cuba main game ant smasher.. mana pernah habis. Tapi tak mengapa lah.. nanti abang cuba cari bomoh semut untuk pagar bilik adik tu.. tapi bukan dalam bulan ni la. Bulan ni ramai bomoh sebok bomohkan pemain-pemain bolasepak tempatan. Mungkin bulan depan."

Nak je gua jawab camni. Tapi gua kan kool. Gua senyap, pandang rakan-rakan sebelah, bukak topik lain.

Balik ni sebelum pergi solat jumaat gua nak main game ant smasher sebagai tanda penghargaan kepada komplen tersebut.

Sekian, salam alaykum.

*jarang orang komplen dekat khalayak pasal semut ni. selalu bising pasal semut-semut kaki je. budak zaman sekarang... advance..*