Tuesday, October 11, 2011

Karangan 5 Ayat : Kumpulan Inovatif Kreatif

Maka termaktublah dalam sejarah sebuah perpustakaan akademik di Malaysia seorang pustakawan telah dilantik mengepalai sebuah gerakan inovatif dan kreatif yang diberi nama Geng Gerakan Bustaman Mandak atau GGBM.

Arakian dalam kumpulan tersebut terdapat 11 pengikut-pengikut yang setia dan berpewatakan unik mengikut adunan masing-masing; mempunyai kuasa luar biasa serta senjata-senjata purbakala yang mengancam.

Berlainan dengan agenda Kumpulan Panglima Berlima di Melaka yang tugasnya menjaga keselamatan negeri Melaka, kumpulan Bustaman Mandak ini diamanatkan Sultan untuk mencari masalah-masalah untuk diselesaikan di samping memberikan buah fikiran baru untuk memajukan negeri.

GGBM sering dilihat santap di seksyen 15 BBB dan Azura seksyen 3 sambil membincangkan agenda-agenda serta memerah sel-sel otak menghasilkan ide-ide baru sehingga kekadang terbentuk bayangan lampu mentol di atas kepala.

GGBM harus lekas menghasilkan sesuatu yang baru kerana apabila purnama ke dua belas nanti Sultan akan meminta dipertontonkan hasil dari perbincangan di kedai-kedai dan restoran-restoran di sekitar negeri dan sekiranya tiada; akan dipenggal kepala setiap ahli seperti cutinya pelajar-pelajar universiti pabila tiba cuti penggal.

Sekian, dengan selamba patik update.

No comments: