Friday, August 26, 2011

Countdown Raya, 6

Assalamualaikum wrbt.

Humm Mangg Aih!
Seram pulak bila dah tiba hari ke-enam nak raya ni.
Pelbagai bayangan gurauan yang datang. Ehee.
*Sabar mouse, baru pukul 3 petang ni, jangan buat-buat gila, nanti wajib makan.

Tadi mouse dengan rakan-rakan khutbah jumaat yang dikasihi Allah telah disekolahkan oleh imam di ala mimbar. Khutbah penuh emosi telah disampaikan oleh seorang warga Pusat Zakat Selangor yang namanya mouse rahsiakan. Ceritanya pasal zakat, pasal agihan zakat yang telus tapi dikabornye tak telus, pasal wang zakat yang banyak diagih 500 minimum dan maksimum 1000 pun ada orang tak puas hati, siap pulak ada keluar isu pusat zakat ni nak diswastakan. Oih, boleh ke swastakan? Apsal tak buat dari dulu?. Hehe, sabar Tuan Haji, mouse gurau je.

Masa tu, mouse tengok muka imam di ala mimbar itu merah. Serem pulak mouse. Atau mungkin di ala mimbar itu telah dipasang lampu LED merah, mouse pun tak berapa nak study. Tapi yang mouse tau, khutbah ini adalah antara khutbah paling emosional sejak mouse mula semayang jumaat di masjid ini.

Beralih dari cerita the great prayer, hari ni sebenarnya, mouse tak sabar nak balik dari kerja.
Mouse nak dengar lagu-lagu raya yang mouse dah download. 
Bawah ni mouse ada senaraikan beberapa lagu nostalgia hari raya untuk semua. 
Semoga bergembira ketika dalam perjalanan nanti.
Tidak lupa juga kepada imam di ala mimbar, 
"..asyik berkhutbah, pakcik sudahlaah pakcik, hai duit zakat lupa nak diberi~". 
Gurau je Tuan Haji. Sabar.


Memang bertuah la kalau nak mouse type satu-satu.

Sekian,
Salam alaykum.

*eh, sape plak pasang lagu uptown girl ni, potong stim lahh




No comments: