Thursday, August 25, 2011

Countdown Raya, 7

Assalamualaikum wrbt.

Hari ni opis gua dah mula lengang.
Ramai orang dah mula balik dan mengular.
Mengular pun sebab dah nak raya, gua agak.
Mesti ramai nak pergi salam-salam, tanya-tanya sikit kampung kat mana,
mintak maaf mana yang ingat dan ucap selamat hari raya, gua agak.

Minggu ni gua macam ada perasaan terpencil sikit.
Mungkin sebab minggu lepas adalah minggu yang agak menyeronokkan bagi gua 
kalau nak dibanding dengan minggu ni.

Minggu lepas gua ada makan-makan buka puasa dengan ramai member gua.
Jumpa kawan-kawan lama, jumpa kawan-kawan tak lama tapi dengan cerita baru.
Team bola fevret gua pulak menang 2-0. YNWA.
Gua rasa minggu lepas memang antara minggu paling best dalam tahun 2011.

Tambahan pula minggu lepas adalah besday gua dan adik gua dan mak gua sekali,
walaupun besday mak gua jatuhnya hari ni.
Tapi oleh sebab wa punya tengah-tengah, jadi selalunya wa wa semua selebret time besday wa je.

Gua rasa dah makin dekat nak raya ni makin syahdu pulak.
Teringat countdown raya masa zaman sekolah, sebok cari mercun nak lawan siapa bunyi paling kuat bila tiba hari raya nanti. Tak sabar habis terawih sebab nak moreh. 
Keluar time orang semayang terawih sebab nak rembat rokok kat atas tiang surau. 
Tibai roti babu yang singgah semayang maghrib. Rindu.

Cakap pasal rindu, teringat pula ex-ex gf gua. 
Dari hujung rambut, sampai hujung kaki, gua minta maaf kalau ada salah dan silap.
Gua harap lu orang doakan gua dapat gf baru yang mantop.
Ini, gua kena gelak sebab gua rasa ni kelakar. Heh heh heh. 
Tempat jatuh lagikan dikenang.

Kalau ada member-member gua yang baca post gua ni,
gua nak ambil kesempatan meminta maaf kat lu orang semua.
Gua tau gua banyak dosa dengan lu orang.
Gua tau kadang-kadang lawak gua menjengkelkan.
Gua pun tahu gua tak selalu cakap benda ni kat lu orang, 
tapi gua nak lu orang tau gua sayang lu orang. Aicheh.

Lagi satu, sebelum gua terlupa, gua nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada lu orang semua. Tak lupa juga kepada yang selalu tengok post-post gua dari Jepun, Kanada, Iran, Netherlands dan Israel, apa lu orang cari kat blog gua ni? ape pun, selamat hari raya gua ucapkan.

Kepada ibunda gua, Datin S,
Gua ucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran.
Semoga panjang umur, murah rezeki.
I know im not the best of son, so i wont pretend to be. Heh heh heh.
But i know u are the best of mom, because thats how He made you to be.
With sincere loving using non-formulated love theory.
-Along.

Murtabak daging, sambal ikan,
Nasi beriani dengan kopi jantan,
Salam maaf gua pohonkan,
Selamat hari raya berpuasa gua ucapkan.


Sekian,
Salam alaykum.


4 comments:

Ai3n Ameen said...

Yes 1st .

Selamat Hari Raye Aidilfitri .

Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada Datin S .

Maaf Zahir dan Batin gak .

Raye nih ajk bdk2 dtg beraye umah aku ok ?

mOUSEy said...

Hehe, insyalah.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. =)

Melissa Mjb said...

Lagi satu, sebelum gua terlupa, gua nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada lu orang semua. Tak lupa juga kepada yang selalu tengok post-post gua dari Jepun, Kanada, Iran, Netherlands dan Israel, apa lu orang cari kat blog gua ni? ape pun, selamat hari raya gua ucapkan. - part ni memang bergegar satu SS15 dgr aku hambur gelak. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin, mousey!

mOUSEy said...

Atas segala kutukan, sama ada secara terang terangan, atau belakang-belakang, atas segala kata-kata kesat yang pernah terlontar dari mulut gua kepada telinga lu, gua memohon seikhlas keampunan wahai Melissa.
\Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.