Saturday, August 27, 2011

Countdown Raya, 5

Assalamualaikum wrbt.


Hari ni entah kenapa jiran sebelah rumah aku ni buat havoc satu taman.
Tergugat tidur sabtu aku.

Pagi-pagi makcik sebelah ni dah terjerit-jerit kat anak perempuan bongsu die.
"Adik! Adiiiiik! AAAAAAdiiiiiiiiikkkkk! Bangun!!!!!
"KEJUTKAN KAKAK SEKALI!"
jeritan makcik sebelah yang nyaring dan jelas.

Bukan itu sahaja,
anak sulong makcik sebelah rumah ni pulak macam biasa la balik rumah bila cuti.
Tapi kali ni lain macam sikit.
Hari ni anak makcik sebelah tu bangun awal gila, lagi awal dari adik-adik dia.

Selalunya dia akan lepak sampai pagi baru balik, lepas tu tidur sampai azan zuhur baru la dengar suara dia tanya mana makanan.
Itu aku tak kesah la kan. Tapi apesal sampai nak kena bukak lagu raya kuat-kuat?
Ape die ingat rumah die je ade set speaker ke? Ape dia sorang eksaited nak raya?

Haish, hangen lak aku. Tadi aku dengar die sound adik laki dia,
"Wei Bal, bangun ar, ko nak pergi shoping ke tak??"
Bal? ibal? ibal tu kan adik aku???
eh.. aku la jiran sebelah tu rupanya.
OOOOOH.. ok la kalau macam tu aku nak bersiap ni, nak pergi beli ape yang patut.

Kepada jiran-jiran yang dikasihi, diharap bersabar di bulan yang mulia ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sekian,
Salam alaykum.



No comments: