Monday, February 21, 2011

Hidup, Macam Jeruk

Assalamualaikum wrbt.

Jeruk Onyang, Kau

Pada suatu hari, sedang mamat berjalan-jalan di pinggir tasik, mamat terhidu bau wangi. 
Bau macam limau kasturi. Mamat toleh belakang tapi tak ada orang. 
Mamat pandang kiri kanan tapi tak ada orang jugak. 
Mamat diamkan diri. Mamat terus jalan.
 Mamat jalan perlahan lahan; mana lah tau kalau dapat dengar bunyi orang lain jalan. 
Mamat tunduk tengok jalan. Mamat dengar macam ada orang dekat depan. Mamat takut nak tengok. 
Mamat bau wangi lagi. Bau limau kasturi lagi. Makin lama makin kuat bau limau kasturi. 
Mamat angkat muka perlahan-lahan. 
Prap! Kepala mamat kena ketuk. Mamat angkat kepala; segera pandang ke depan.
"dah kenapa kau ni.. siang-siang pun macam orang kena kejar pontianak..". 
Rupa-rupanya abang mamat yang ikut mamat dari tadi. Abang mamat pegang limau kasturi dalam plastik. "Abang beli limau kasturi ni nak buat ape? nak buat jeruk ye?" tanya mamat. 
Prap! kepala mamat kena ketuk lagi. "Ini limau nipis, bukan limau kasturi!" marah abang mamat. 
Mamat diam. Sapu kepala dan terus berjalan. 
"Cantik, bulan depan dapat makan jeruk"-kata mamat dalam hati.

Ape macam? best tak rasa meluangkan masa beberapa saat untuk baca introduction aku kali ni?. 
Kahkahkah
Aku rasa aku memang berbakat menulis. Cuma aku tak tau nak tulis pasal apa.

Hari ni entah kenapa internet kat kolej laju tak macam biasa. Mungkin student yang kuat makan line internet pergi berjimba jumba di hari ahad bahagia ni. Mungkin jugak makcik yang jual baju dan mekap online tu tak meniaga malam ni. Atau mungkin pemain-pemain counter strike kat kolej ni dah insaf dan main masak-masak pulak.

Maka tanpa berlengah lagi aku mengambil kesempatan meluangkan masa bersama netbook aku yang makin lembab ni. Sabar ye. Nanti kanda upgradekan RAM dinda.

Isnin lepas aku gado ngan pak gad. 
Eh silap. Bukan pak gad. Adik gad sebab die masih muda dan cetek akal.
Kecoh.

Selasa pulak cuti maulud. Aku duduk bilik je sambil berselawat ke atas nabi sebab tak tau nak buat ape.
Malam tu baru aku teringat yang godson aku kene potong jambul. Alahahahahai.. melepas makan free. 
Sory Aryan Khalish dan ibu bapa beliau. Demi Tuhan, aku lupe.

Rabu pulak aku meeting seharian. Sempat pulak kes gaduh aku diperbincangkan. Segan dan silu aku cerita.

Khamis aku kerja pkol 1.30 petang sampai 10.30 malam. Balik aku tido terus. Lotih.

Jumaat terasa sangat singkat. Tau-tau je aku dah ondaway balik Seremban.

Hari sabtu aku bangun awal pagi untuk pergi servis kete. 
Masa aku sampai pusat servis tu... 
Eh.. knape panggil pusat servis? Bila cakap macam biasa tapi bila tulis rasa janggal, rasa macam aku terbuat kesalahan tatabahasa pula. Lupakan. Nah berkat aku bangun pagi, masa aku sampai sana aku jadi orang kedua yang akan diservis keretanya pada pagi sabtu itu. Tapi rasa seronok tu tak lama sebab aku kena dekat 3 ratus lebih untuk full service. Terus aku punya mood macam lari-lari anak sikit. Pastu aku balik.
 Tolong kemas-kemas ape yang patut, tido, makan, tido, beli eskrim, tido.
Malam tu aku pegi amik cite house kat tokan movie aku iaitu BobH20. Kenapa nama dia BobH20?
Sebab dulu mase sekolah, masa lawan bola dengan Melaka High School, bob ni jadi keeper skolah aku, entah macam mana masa jaga gol die haus sangat agaknye die pun pergi la tepi padang ambil botol air mineral. Tengah sedap teguk agaknya, pihak lawan pun score. Senang-senang je bob dapat nickname baru. Sabar bob, dalam permainan bola, itu adalah biasa. 
Masa tu aku takde, aku kena drop sebab selalu tak datang training, kata coach aku Encik Shangar. 
Tapi aku rasa itu bukan sebab utama. 
Aku rasa sebab aku taklah terer mane pun main bola. Eleh, bagitau je la depan-depan. Takkan aku nak marah.. kan..? Encik Shangar ni masa aku mula-mula jumpa aku terbagi die salam. Muka macam Melayu, cakap nogori kadang-kadang. Pulak tu, die siap jawab salam aku. Ceit. Cakap je la Encik ni India.
Pernah masa aku jadi player simpanan aku dengar die cakap "Ya Allah sambil tepuk dahi.."
Aku pun ape lagi gelak kaw kaw la. Dah aku pulak kena marah. "Main bola kena serius, tengok game betul-betul, awak penyerang, kena kasar sikit.." kata beliau si encik Shangar. Ewah-ewah, macam aku pulak yang tak score, sape suro tak masukkan aku awal-awal. 
Lepas dari umah BobH20 aku pergi hospital dengan BobH20 dan parents beliau melawat Shingo yang baru lepas mengoperate idung. Kes sinus minus la ni. Sian. Aku doa kau cepat sembuh dan sehat seperti manusia lainnya. Amin. Pastu aku balik laju-laju nak tengok house dan tidur.

Ahad pulak kitaran tidur aku sedikit terganggu.
Aku kene pegi wedding Epul dekat tampin. So aku kena bangun awal dari ahad ahad yang lain.
Tapi bila dah bangun awal dan siap awal macam-macam pulak aku rasa nak buat.
Tiba-tiba aku telah merepair mesin basuh Datin S yang bocor mengakibatkan limpahan air dalam kuantiti yang banyak sebaik sahaja selesai membasuh. Akibat dari kejadian itu aku taklah awal dari ahad ahad lain.
Pukul 2 setengah jugak aku sampai wedding Epul. Patutnya lepas wedding Epul tu aku terus pergi kolej sebab pengetua aku mintak tengokkan student tengah pilihanraya, tapi tiba-tiba Encik Wan EPL talipon, katanya En. Hasbullah Bahaya masuk wad. Jantung problem. Alamak kata aku. Ini perlu tindakan segera.
So aku pun makan laju-laju, ambil gambar laju-laju dan salam laju-laju dengan Epul dan rakan-rakan yang lain. Tapi aku taklah laju mana pun sebab ondaway aku nak pergi Hospital Serdang aku teringat limau nipis yang aku beli tertinggal kat rumah. Cis. Aku pun singgah rumah kejap. Pkol 5 baru aku sampai hospital serdang. Kesian jugak aku tengok En. Has Bahaya. Dun worry En. Has. you still look dangerous. Lepas tu alang-alang aku dekat sana aku pun pergi la melawat Gandum yang duduk kat SK. Jalan-jalan JJ beli botol untuk limau aku dan melepak kedai mamak sambil mengupdate cerita rakan-rakan lain. Lepas tu aku pun balik dan melakukan aktiviti-aktiviti biasa selain membuat jeruk yang resepinya diturunkan dari arwah onyang aku sendiri kepada aku.

Hush. Penat aku menaip tanpa henti.
Nanti kalau aku panjang umur murah rezeki, aku nak turunkan ilmu jeruk ni kat cicit aku pulak.
Masa tu aku nak tambah kata-kata hikmah.
"hidup ni macam jeruk, makin lama simpan, makin masam."
ataupun
"kalau suka pendam, nanti masam"
atau lebih mendalam
"hidup, macam jeruk"
tiba-tiba aku macam tak setuju dengan quote aku sendiri, 
tapi mungkin aku bangkang di lain hari.

Sekian,
Salam alaykum

*tak sabar nak tunggu jeruk aku masam lagi 2 bulan




4 comments:

jancruk. said...

pelik2 je ko ni...ade ke jeruk limau gini?....bukan kulit limau je ker?....eh, tu asam....arghh..

Ms Nur Mizly said...

mouse..aku dah la sakit kepala. pastu baca entry panjang ko nih. lagi sakit kepala (ko xsuh aku bc pun kannnn!)

ko kena buat classification la...senang akuu baca...

Subject Index. ko kan librarian..

p/s: ko gaduh ngn pak gad tu sal apa? ke aku baca aku xfhm? ahaahaha... cecite..ceciteee

::SunnySunshine:: said...

aku malas nak cite; sebab cite tu dah basi.

sory la panjang; lama sangat pendam.

ape macam? masam?

::SunnySunshine:: said...

eh lupe lak nak repy jengkung.

ape khabar geng? aku dengar perlis dah membangun banyak sejak kau ke sana?

aku di sini sihat-sihat sahaja. kirim salam orang perlis.

nanti sebulan lagi siap la jeruk aku tu. nanti aku buat kenduri tahlil sikit. boleh rasa ramai-ramai.