Saturday, March 19, 2011

Tonsillitis : dari Wikipedia, ensiklopedia yang percuma

Assalamualaikum wrbt.

Ni bukan tekak saya.. Mungkin tekak Sally.. Eww.. Sally pun kena tau.. 

Semasa dunia masih lagi terkejut dengan gempa bumi dan tsunami, dibayangi protes-protes jalanan, semasa Dr. Faizal Tehrani mendiskusikan kematian Ahmad Farhan, aku pula berada di rumah orang tua ku. Sibuk berperang dengan penyakit Acute Tonsilitis yang aku hidap sejak 2 hari lepas bersamaan hari Khamis 17 Mac 2011. Penyakit yang menyebabkan aku terpaksa cuti sakit selama dua hari, ikhlas diberi oleh Cik Dr. Masih terngiang-ngiang perkataan itu keluar dari mulutnya
"wait, i should give you the MC first ok.."
dan aku pun menjawab
"of course u should.. berserta senyuman ala kadar.."

Apakah Tonsilitis? Tanya aku kepada mama setibanya di rumah.
"Sakit tekak.."
atau
jika dilihat di wikipedia
atau serangan virus di tekak
jika difikir sedalamnya

Dan selepas diberitakan sedemikian, semuanya seperti mimpi, bubur dan ikan bilis goreng, air teh o tersedia.
MAMA PALING BEST DALAM DUNIA. MUAHH!!

Hari ni masuk hari ketiga aku makan bubur dengan ikan bilis, rasa macam nak mintak PIZZA plak.
Tapi macam takut nak cakap; tiba-tiba prap! ade depan mata.. camne?
Ahaa.. jangan jawab..

Skarang lepas makan panadol aku kembali bertenaga..
Kalo Cik Dr. kata, mungkin 3 hingga 4 hari akan demam, kalau tengok wikipedia, boleh sampai 2 minggu, mana-manalah, asalkan sembuh. Hari ni masuk hari ketiga dah aku demam macam nak kiok, nak aje aku pakai kaspersky antivirus ni sebagai ubat.

Maka dengan itu, terupdate lah belog aku ini.
KEHKEHKEH.
Selepas ini, azam untuk berhenti merokok Insyallah akan tercapai.
Selepas beberapa tahun hidup dengan nikotin dan tar, akhirnya peluang untuk menghindarinya kembali cerah.
Sungguh terasa bersyukur atas kurniaanNya, Alhamdulillah.

Maka dengan itu sekali lagi, sebelum kesan panadol dan kewarasan hilang, saya! mengundur diri!
Salam alaykum.


4 comments:

Anonymous said...

taw pon sedar diri agak2 dah rase tuhan nak cabot nyawa br sedar rokok tu bahaye...
ne baru tuhan bagi dugaan kecil je weih

::SunnySunshine:: said...

mang aih.. marah betul kepada rokok dan perokok.. sabar2.. tidak semua perokok memilih untuk merokok.. setelah terlambat baru tersedar.. setelah ketagih barulah sedih.. syukur saya diberi "rasa" tersebut.. semoga kekal ke liang lahad.. Amin..

cHiEydA said...

aku pun dah dkt 2 mgu kene tonsillitis nih..sakit tekak toksah cakap la..nak telan air liur pun payah..siang ok lg leh tahan..malam memang xleh tahan..smpai xleh tido..

::SunnySunshine:: said...

ko telan je ubat batu chida.. setel.. haha..