Saturday, December 11, 2010

NAH! AMIK!

Melayu itu Islam?


Artikel 153
Rencana utama: Artikel 153 Perlembagaan Malaysia
Artikel  153  Perlembagaan  Malaysia  memberi  hak  kepada  Yang  di-Pertuan  Agong,  bertanggungjawab
menjaga  hak-hak  dan  keistimewaan  orang Melayu  dan  bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci
memberitahu  bagaimana  kerajaan  persekutuan mempertahankan  kepentingan  kumpulan-kumpulan  ini
dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam,  biasiswa dan  pendidikan awam.  Ia biasa
dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.



"Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama  Islam,  lazim bercakap bahasa Melayu, menurut
adat Melayu dan—
(a)  yang  lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang  lahir sebelum Hari
Merdeka dan  ibu atau bapanya  telah  lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau  yang pada Hari
Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;

1. Nah.. secetek pemikiran aku.. sempat aku copy paste 2 benda ni..

2. Kenapa? sebab aku mula bosan dengan riuh rendah politik di akhbar.. ketuanan Melayu, rasuah, namewee, harga minyak naik lagi..

3. Beberapa minggu sebelum ni aku selalu terdedah dengan perkara-perkara berkaitan..



"cuba kau baca buku ni.. I Am Muslim.."
cadangan Jemmy

"bandingkan pemimpin kita dengan Ahmadijenihad.."
kesimpulan yang aku catat dari Faisal Tehrani

"isu ketuanan Melayu tidak boleh dipertikai lagi.."
kata Tun kesayangan aku

"transformasi"
"Malaysia hub hiburan"
"Penangkapan rasuah bukan drama politik"'
kata Bapa Transformasi

"jangan lombik yo.. makan pun maleh.. masak apotah laie.."
"tengok negara lain.. dunio ni bukan gomonchih yo.."
"den ni kuek laie.. buleh melompang.."
"kalau itam diputihkan.. putih dihitamkan.. den surrender.. den tak ikut.. poie lah kau.."
kata Dato Kamaruddin Kacha dalam sebuah forum

"generasi muda harus diberi bimbingan agar cita-cita dan matlamat mereka selari dengan matlamat dan cita-cita negara"
kandungan teks ucapan Naib Canselor tempat aku bekerja

"tenang hati melihat si kembar itu.."
kata si mermaid kepada Twin Tower



4. Entah apa kaitan.. korang renungkan sendiri.. itu ape yang aku ingat la.. hee..

5. Penulis I Am Muslim adalah Dina Zaman.. sayang tulisannya bagus.. rambutnya terdedah..

6. Falsafah pandang ke IRAN sangat bagus.. sayang kau hanya pandai menulis dan bercakap..

7. Transformasi sangat mengujakan.. tapi sampai mana sanggup kau terima perubahan.. sekali air bah.. sekali pantai berubah.. sampai tak kenal mana pantai.. mana tanjung.. mana teluk..?

8. Orang yang lurus seperti Kamaruddin Kacha tidak memilih politik untuk memajukan anak bangsa.. beliau hadir di sebuah forum bertaraf rendah untuk membantu kami semua..

9. Isu membangun anak bangsa tidak dihadiri oleh Pentadbir Tertinggi.. remeh mungkin bagi beliau..


Ketuanan Melayu

Ramai aku  perhatikan manusia sekeliling aku tak kira tua atau muda, lelaki mahupun perempuan, bila disebut tentang Melayu, ketuanan Melayu, lekas terusik, terpanggil untuk memberi pendapat. Bila bicara topik-topik menyentuh MELAYU, nah.. 100% keMELAYUANNYA membuktikan hak ketuanannya..

TAPI.. bila bicara hal-hal agama... hal-hal Islam.. tidak sampai separuh.. suku pun jauh sekali melempar pendapat mahupun anggapan liar.. takut kata mereka.. tidak habis mengaji.. takut tersalah tafsir.. tersalah bidas.. 



NAH!

kalau melayu itu definisinya seseorang yang menganuti agama ISLAM!
kalau MELAYUnya 100% tapi ISLAMnya 20%, 30% bagaimana?
layak duduk di bumi Malaysia ini? kategori apa patut diletakkan?
pra-melayu? separa melayu? layak mendapat ketuanan? layak memimpin?
menganut itu ertinya apa? sekadar lafaz syahadah?
hoi pemikir! hoi ahli politik! hoi rakan! jawab tanya aku!


NAH!

namewee, rasuah, harga minyak naik
semua sebab apa?

sebabnya asas negara Malaysia yang diberi agama Islam ini goyah
bank-bank mengamal riba, peniaga mengambil untung seratus peratus, mungkin lebih
rasuah orang MELAYU di akhbar, namewee berani mengeluarkan album menghina!

Melayu kini seperti menara kembar petronas yang sebelah pendek, sebelah panjang
satu dunia memandang rendah
rekabentuk yang semakin hodoh
menara melayunya tinggi kukuh
menara Islamnya rapuh, goyah, tak berhias

*kan cantik menara berkembar tu.. keduanya bercahaya.. keduanya terang..*



Sekian.. 
sekadar mengingatkan diri sendiri.. "curhat" kata si mermaid lagi..

Salam Alaykum


2 comments:

Ai3n Ameen said...

sentap kejap ~

(renung-renungkan)

::SunnySunshine:: said...

RENTAP pun sentap ni kalo baca.. kahkahkah..