Tuesday, November 9, 2010

Elaine

Nathan Road? kot.. haha


Assalamualaikum wrbt.

Semoga semuanya sihat dan sejahtera. Sory la dah lame aku tak posting baru, tak bertanya khabar, tak berstatus pelik, tak berposing maut di dalam gambar profil. (sungguh aku baku seketika.. ahaks!)

Sebenarnya (walaupun korang tak tanye pun kenapa.. tapi aku nak btau jugak.. he he he..)
last week aku telah melawat Hong Kong dan Cina. Ahhaaa.. sobab tu la den takleh nak berbelog.. baik den poie shopping.. kehkehkeh..

Tanpa membuang keringat kering, bawah ni aku selitkanlah beberapa kesimpulan yang aku dapat semasa berada di dua buah negara tersebut agar kita semua merasa udara di sebelah laut China Selatan sana.

Hong Kong

Perjalanan dari Malaysia ke Hong Kong mengambil masa 4 jam.

Memoir ketika baru sampai

"macam Malaysia"
Cik Hendon bahagian perolehan

"macam airport"
Encik Wan

"hmmmmh..."
Encik Hasbullah

(*kceek *kceek.. amik gambar tak henti)
Encik Muhaimin

Memoir ketika masuk ke dalam bandar

Cik Hendon bahagian perolehan : cantiknyaaa.. tolong amik gambar akak!
Encik Wan : ...
Encik Hasbullah : Masyalah..
Encik Muhaimin : *kceek *kceek.. amik gambar tak henti


Yes my fren.. Hong Kong memang cantik.. luxury aprtments and condos.. memang wallawei la.. kitorang punye tourist guide adalah Mr. Hardy Lam... seorang yang penyabar.. prihatin dan berpengetahuan luas..

"kenapa terowong bawah laut ni tidak boleh nampak ikan?"
tanya Mr. Hardy ketika memasuki Aberdeen tunnel

"sebab kalau nampak ikan jadi traffic jam ye.. begitu.."
jawab Mr Hardy sendiri ketika di dalam Aberdeen tunnel

Hong Kong memang kota fesyen lah senang cite.. semua fesyen dalam dunia ni ada.. dari pesen (fesyen) afro sampai pesen zoro ada (a-z) hahaha..

Tapi cost of living di Hong Kong tinggi.. kene earn at least $30000 (RM12000) baru boleh duduk apartment for middle class.. just to pay the rent only.. hah.. ekau bayang an la..

Kedai-kedai kat sini tutup pukul 1.30 pagi paling lambat.. memang soping je la keje orang-orang Hong Kong ni.. money changer booth pulak bukak sampai 24 jam.. mane tak abes duit Puan Kasminah, mana tak rambang mata bini En. Muhaimin.. mana tak pening kepala Ustaz.. mana tak sakit kaki En. Fisol.. mana tak ligat Pn. Hasnah dengan Pn. Che Nab.. mana? mana?

Selesai sahaja tugasan benchmarking kami di Hong Kong, kami pun bertolak ke Hong Kong Disneyland. Budak-budak seronok la pegi.. bagi aku yang tak tengok tb ni.. HK Disneyland tak best.. baik pergi Genting.. dah la roller coaster tutup.. maintenance konon.. pigidah.. aku tengok tade pun orang buat maintenance.. dahla nak bergambar dengan mickey mouse kene beratur panjang.. last-last aku amik gambar dengan 2 orang puteri disney.. dah tua.. baik amik gambar dengan mak aku lagi elok.. tapi.. bersyukur itu penting.. heee... Alhamdulillah..

Shenzhen


>MELAWAT Windows of the World, Night Market, Jade Store, Toko Ubat Cina<

Selepas Hong Kong kami pergi pula ke Shenzhen, sebuah kota di dalam negara Cina. Shenzen ni baru berkembang sejak 30 tahun dahulu, yang mana penduduk asalnya hanya 3000 orang. Tapi sekarang ni dah jadi 15 juta orang. Hah.. ekau bayang an la khamis malam Jumaat eh meriah camno.. (aku dah pandai buat lawak orang tua dah.. )

Hahaha.. tetapi sebenarnye bukan begitu.. ramai orang di Shenzhen ni pendatang dari negeri lain dalam negara Cina. Sebab tu la penduduk asal Shenzhen tak payah kerja. Diorang ni develop tanah jadi apartment tinggi-tinggi, kasi orang sewa, sebulan boleh dapat minimum 200k yuan bersamaan lebih kurang RM100k.
Hah.. ekau bayang an lah camno..

Tourist guide kami di Cina adalah Miss Tania, singgle not married, pandai berbicara, muka macam pelakon heroin Hong Kong zaman Jacky Chan baru nak naik, pandai bisness mengepow duit kami sekalian pustakawan. Siot!

Shenzhen best jugak, di Cina cost of living rendah, so barang murah, sebab labour murah. Aku bagi contoh sket, korang keje librarian di Hong Kong dibayar 45k, keje librarian kat Cina dapat 5k je.Haaaa camtu la lebih kurang.. ada paham ka kawan.. wa tala leti cakap Melayu meh..

Selepas bermalam sehari di Shenzhen kami pun bertolak ke Guangzhou, sebuah lagi kota di negeri Cina.

Guangzhou


Takut. Seram. Pening.
Begitulah perasaan setibanya di stesen keretapi Guangzhou. Cina memang ramai orang. Turun je stesen tu aku tengok ade beribu orang. Macam ade game Negeri Sembilan lawan Kelantan pulak.. hari-hari camtu.. siap En. Wan nampak ade orang kene gari kaki dan tangan.. mak oi.. anak sapo kau kacau tu leng chai..
Hah.. ekau bayang an lah camno..

Susah. Lapar. Basah.
Begitulah kami rakyat Malaysia berada di Cina.
Orang Cina di Guangzhou bertutur Mandarin dan Cantonese, masing-masing dalam pelbagai dialek. Orang Cina pun ade yang tak faham orang Cina lain cakap. Hah.. ekau bayang an lah camno orang Nogori nak burak.. English emang enggak bisa tutur la.. capek bangat.. En. Wan hampir tertumbuk pemandu teksi yang cuba menenyeh kepalanya.. tapi sempat ditenangkan apabila rupanya si pemandu teksi tersebut hanya mahu memberi dengar bluetooth earphone kepada beliau... hahaha.. dramatik sangat.. dah la time tu baru start winter.. sejuk dan lapar memang buleh membawa maut..

Kaya. Berduit. Miskin.

"bawak seribu habes.. dua ribu habes.. spuluh ribu pun habes.."
En. Hasbullah mengulang pepatah lama

"duit tinggal nak bayar hotel aje ni.."
Aku dan En. Jamain

"i have some more left.. dalam 700 yuan.. saya rase duit hotel terpaksa bayar pakai credit card.."
En. Wan

Begitulah.. apabila mata sudah meliar dengan barangan murah.. semuanya dihabiskan.. aku lagi dasyat.. duit aku dah tinggal sikit aje setiba di Guangzhou.. Shenzen telah mengambil keuntungan.. giliran Guangzhou pula.. haha.. tapi yang sedihnya.. di Cina tiada money changer outlet.. kene tukar di bank.. and it's too late after we all tau.. Duit ade lagi lapan ratus ringgit.. tapi takleh pakai.. bank pula sudah tutup sabtu dan ahad.. yang ada pula tidak terima ringgit Malaysia.. hanya mahu dollar Amerika.. oh sungguh kurang pendidikan Cina.. nafsu shopping masih membara.. apakan daya yuan (sebut yuen) tiada..

NASIB BAIK EN. HASBULLAH ADA BAWAK DOLLAR AMERIKA.. NASIB BAIK AKU PUNYA MAYBANK VISA BOLEH GUNA.. SUDAH BOLEH BALIK MALAYSIA.. TAPI HATI MASIH BERDUKA.. TIADA BANYAK BARANGAN CINA.. OH.. KECEWA..

P/S: FACEBOOK tidak boleh diakses di Cina.


MAKA.. begitulah sedikit sebanyak aku rajin nak cerita.. Sekian.. semoga dapat lagi menjelajah Hong Kong dan Cina.. Amin.

Salam alaykum.



10 comments:

Ai3n Ameen said...

yeay ~
finally ~
ko tahu tak bape lame aku tggu ?

best2 . trase aku pon same ikot ko ke sane lak bile bace belog ko nih .

Anonymous said...

haha.. tq.. tapi tak detail.. bz sket.. ngee..

Ai3n Ameen said...

xpe , paham bro ~
sowee la seolah2 pakse ko berbelog utk aku bace lak .

aku kn kipas-susah-mati ko ~
hahaha .

phua chu janc said...

pergh..da men travel luar negara nmmpk...kire da x bosan la kje gov eh?...hahaha

Fana Hadi said...

Ni bisnes trip ke mmg holiday pustakawan? menarik sggh.

lepas ni buat lah entri gamba2 sepanjang ko kat sana. :)

Anonymous said...

lim phu janc : terubat sikit la kebosanan..nanti ade trip kite g la skali.. baru layan.. aritu che nab ngn pn hasnah ade join sekali..

Fana : ehem ehem.. baik sket.. bukan holiday la.. kerja.. benchmarking.. tapi aku tak cite la kat cni.. ade tertido depan pc nanti..

entri gambar2 macam terlebeih sudah jerw... huhu..

Ms Nur Mizly said...

whoa.... nimen mei yao qian meh? haiyoo. :D


teruja aku baca. best!!!

Anonymous said...

wo pu ming pai.. kahkahkah..

x13 said...

lim phu janc?....agak2 la men name bapak der..hahahaha...
awal sgt ko g guangzhou tuh, klu skan kt sne, leh main tuk malaysia, diorg tgh x cukup player tuh..hahahaha

Anonymous said...

alah.. kalo aku main mesti aku kene buang.. aku kecik.. tapi ganas.. grrrrrhhh..