Assalamualaikum wrbt.
Bersama-sama gambar ini aku mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
sambil memohon
Maaf Zahir dan Batin
Hari Raya kali ni, sangat simple, singkat, tapi sangat bermakna, sangat bernilai. Hiasi dengan kata-kata syukur, perkataan-perkataan mulia. Jauhi sengketa, benci, iri hati. Kuatkan iman, banyakkan amal, menuju akhirat. Bersama ini juga adalah memoir raya aku. Terimalah seadanya. HEHEHE.
DIALOG TERBAIK SEPANJANG SYAWAL
Dialog antara ayah dan anak ini dirakamkan ke dalam memori aku ketika adik-adik sedara aku baru nk pergi jalan beraya sekitar kampung.
..dan perbualan itu terhenti di situ menandakan tewasnya seorang abah melayan semangat mengutip duit raya anaknya.
Dialog antara ayah dan anak ini dirakamkan ke dalam memori aku ketika adik-adik sedara aku baru nk pergi jalan beraya sekitar kampung.
Cik Amin : kalau rumah tu takde orang perempuan jangan masuk.
Nasya: kalau ade isteri dia?
Cik Amin : kalau ade isteri boleh.
Nasya: kalau lelaki atuk? (lelaki tua)
Cik Amin : kan abah kata ada orang laki-laki je jangan masuk.
Nasya : kalau lelaki soleh?
MAKANAN TERBAIK SEPANJANG SYAWAL
Makanan terbaik pada syawal ini adalah mee sup dan nasik ayam resepi oleh mak aku sendiri. Uish... tak sabar den nak balik kojo, makan lagi..
SMS RAYA TERBAIK SEPANJANG SYAWAL
Bro..maafkan segala salah dan silap aku, perkataan yang mengguris jiwa, perbuatan menyakitkan hati, doesnt matter who you are, where you come from, i couldnt wish more than a friend like you. Selamat Hari Raya and hope u have a wonderful Syawal with your family. boy&dila
NOTE: walaupun ayat "...who you are, where you come from..." membuatkan aku terasa seperti anak orang asli Africa Timur, aku terima seadanya kerana aku tahu ia ikhlas dari hati. he he he.
Bro..maafkan segala salah dan silap aku, perkataan yang mengguris jiwa, perbuatan menyakitkan hati, doesnt matter who you are, where you come from, i couldnt wish more than a friend like you. Selamat Hari Raya and hope u have a wonderful Syawal with your family. boy&dila
NOTE: walaupun ayat "...who you are, where you come from..." membuatkan aku terasa seperti anak orang asli Africa Timur, aku terima seadanya kerana aku tahu ia ikhlas dari hati. he he he.
PENGALAMAN PALING BURUK SEPANJANG SYAWAL
Sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja, pagi Isnin bersamaan raya ke-4, aku tertidur sebanyak 4 kali di lebuhraya PLUS dan hampir menamatkan riwayat Syawal aku pada tiduran ke-3 apabila aku termasuk lane memotong (paling kanan) dan hanya terjaga apabila di'horn' oleh sebuah limo KLIA.
NOTA: Hati-hati di jalan raya, dan malam sebelum pergi beraya, kerana lambat kau tido, memang ngantuk-lah kau pagi-pagi.
Sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja, pagi Isnin bersamaan raya ke-4, aku tertidur sebanyak 4 kali di lebuhraya PLUS dan hampir menamatkan riwayat Syawal aku pada tiduran ke-3 apabila aku termasuk lane memotong (paling kanan) dan hanya terjaga apabila di'horn' oleh sebuah limo KLIA.
NOTA: Hati-hati di jalan raya, dan malam sebelum pergi beraya, kerana lambat kau tido, memang ngantuk-lah kau pagi-pagi.
PERMAINAN PALING MENCABAR SEPANJANG SYAWAL
Stacko Psycho |
"Pemenang" akan memakai topi diperbuat dari bekas letak roti dan menyusun kembali kayu yang jatuh, seperti gambar di atas (gambaran contoh sahaja, bukan betul-betul.. lu paling best bro!) |
VIDEO KLIP PALING MENGHARUKAN SEPANJANG SYAWAL
KANAK-KANAK PALING COMEL SEPANJANG SYAWAL
KANAK-KANAK PALING COMEL ADALAH Yang dikendong, DARWISH; yang mengendong, Mama; yg suruh kol, Ibal; yang menyelit, Kakngah, dan yang sepet sakit mata, Yaya. |
Semoga anda semua juga bergembira di Hari Raya ini.
SEKIAN, SALAM-ALAYKUM
11 comments:
sgt sengal lah itu video .
bro , len kali lu tahan la mate lu ngan lidi mase bwk kreta time ngantuk .
syam, bwk kete elok2...ish menakutkan la die ni...
dapat hadiah tak untuk pemberi sms terbaekk?
aien: video klip patutnya.. haha..
eh.. idea tahan pakai lidi tu macam bernas pulak ka.. nanti aku terai.. time kasih.. slamat hari raya... hehe..
kak zai: terbaik kak tido sambil drvie.. sedar2 je dah sampai.. hahaha..
Abe Long Nak Nge'endong: cis! dah la ko buat aku kempunan gearbox.. suruh datang beraya minta maaf tak datang jugak.. ada hati nak mintak hadiah.. huh! kajang pak malawei kajang berlipat.. kajang dengan sk tak jauh mana.. tapi apesal ko nak datang kajang.. rumah aku kat bangi dan seremban?
mouse, cayalah!~ tido sambil bwk kete mmg tarbaaek. seat duduk tu kasik depan skit. aku faham, kaki xsampai, penyebab kau lenguh dan merungut mengantuk. letih... xpe..xpe..sabar k!
ye lah puan nur mizly yg tinggi lampai mengalahkan hantu galah.. itu lah yang sebenarnye terjadi.. (^^)
Adikku..sempena bulan baik hari baik..aku minta maaf laa pasal:
Pertama: Sup Gear Box - aku kene keje teruk sebelum raya..balik 2 3 pagi jerk..ko tanye bini aku..pastu masa ko ajak tu da tutup la pulak..rilek, kang kite pegi its on me..ko order jerk..nak gearbox vavi..eehh, gearbox viva pon bole..ini semua kicik punya hal laa..
kedua: Open House umah ko - mane ko ade jemput secara official..Ahad petang tu ko baru call..bgtau la in advance ko..aku dah la naik satu kete, camano aku nak gi umah ekau berangkut kaum family aku..balik2 umah nak gi umah ekau, domam la pulak, pastu bini den perut sakit la pulak, ko tau la akak ko tue, da makin sarat..
jadi aku minta maaplaa..ekau balik somban bilo?eden start mlm ni sampai ahad den coti..yahooo~ nak ajak poei minum bgtau awal2, kang den balik umah mak mentua den kek klang kang tak dapek la nak jumpo..
semua salah silap manusia aku dah maafkan 5 minit selepas mereka bersalah, kau aku siap bagi exception 3 minit je aku dah maafkan.
malam ni aku balik semban kot. ujung minggu la datang raye semban. bukan jauh pun. 15 minit je. lekas kan lincah.
hee hee hee.
ok hujung minggu ari apo tue?leh den plan sket..kan den ni mcm abg kawasan..byk sgt jemputan..ari apo?sabtu?ahad?esok?den lincah ajo..tp bgtau in advanced laa..
sms la kalu nak jomput..kalu ko jomput dlm blog ko bkn selalu aku bukak pun samdol..lagi mau marah org tak dtg umah die hari ahad..pukul ko karang raya2 ni bru ko tau..bai
tade la open house sangat.. aku malas nk buat announcement open house.. tak terlarat aku nk layan.. ko tau la area Malaysia Tengah sampai area Malaysia Selatan aku handle... ramai manusia aku kenal.. rumah aku kecik je.. kang penuh.. panas.. so yg aku ajak secara berbelog, bermulut dan ber'sms' tu kalo tak datang memang rugi la.. saje aku suh mak aku masak nasik ayam, mee sop, mee hun, ketupat dan rendang buatan sendiri yang sedap-sedap setahun sekali je dapat rasa.. tapi ada juga yang tak datang.. tak ajak kang marahjuk.. bila dah ajak tak datang.. nak jomput hari hari sampai hari raya habis memang tak la.. memang semua orang diajak sekali je.. nak ajak berkali kali not my style.. kata abang.. takkan tak kenal hati budi adiknya.. panjang macam belog siap aku reply.. harap difahamkan.. Salam Aidilfitri.
sape-sape yg terlepas ahad lepas terutama mantan abg kawasan jelai bleh la datang ahad ni.. aku ade je kat umah.. sentiasa je terbuka dan sentiasa je ada makanan sedap2 nak makan.. tata
Post a Comment