Tuesday, September 7, 2010

Power Baru di Bulan Ramadhan

Salam.. salam.. salam.. 




Assalamualaikum wrbt.

Selamat aku ucapkan kepada semua pembaca. Semoga kalian selamat walau di mana jua kalian berada. Walau dalam kereta, di bilik-bilik, di masjid-masjid atau di surau-surau.  Buat pengetahuan korang, aku masih berada di sebuah meja, di dalam sebuah perpustakaan yang teletak tidak berapa jauh dari ibu kota; sedang ramai yang sudah berada beberapa puluh kilometer dari rumah menuju ke kampung halaman tercinta.

1. Cis! Juga aku ucapkan kepada korang yang cuti awal, pelajar-pelajar IPTA, IPTS, penjawat swasta dan sekalian penjawat kerajaan. Sungguh jelesnye aku kepada korang.

2. Bukan aku tanak cuti, mak aku kate takyah amik cuti. Sebabnye awal-awal aritu planning tak jadi balik Johor sebaliknya raya kat Negeri Sembilan je. Last-last mak aku yang cuti bermula semalam sehingga hari raya ke berapa tah malas dah aku nak tanye. Planning itu semua dusta. Mudah sungguh mak aku mengubah fikiran seperti langit mengubah cuaca.

3. Macam tak sopan plak aku nak marah mak aku kat blog ni. Tak pasal-pasal aku jadi bahan bakar api neraka nanti. Tapi takpe, nanti pagi raya aku mintak maap kat mak aku.

4. Sebenarnya aku takdela sedih sangat cuti ke tak. Rumah aku ngn kampung pun bukan jauh sangat. Biarlah aku menjadi galang ganti kepada yang lebih memerlukan. HEHEHE.

5. Yang lebih menyedihkan aku dari segala benda yang sebenar benarnya adalah akan perginya bulan yang baru kali pertama dalam hidup, aku rasa cukup indah. Ramadhan. Sesimple sebutannya.

6. Ramadhan kali ni banyak mengubah aku. Banyak aku berdoa meminta perubahan dan  Ramadhan kali ni banyak sungguh memberi kesan kepada aku.Banyak 'power baru' yang aku dapat.

7. kORANG MESTI NAK TAU APA POWER BARU AKU KAN?? ok aku cerita..

8. Antara power baru adalah aku dapat menahan mata aku dari melihat 'keindahan duniawi'... Fuhhhh... macam Ismail Kamus plak aku... Selain itu aku juga dah dapat bangun pagi dengan mudah dan rela hati.. Aku juga dapat menahan amarah dan seterusnya mengurangkan pencarutan dari mulut aku ke telinga rakan.. Aku juga dah pandai menutup aurat ketika bersendirian; dalam toilet dan ketika tidur.. serta beberapa lagi yang aku agak malas nak taip sebab aku masih pemalas.. tak pulak aku ade power baru bernama rajin..

9. Sedih kan... entah-entah.. bila dah Syawal semua power aku tu hilang... dunia pun menjadi biasa balik.. jadi lebih kejam.. sob sob.. bumi! aku merajuk dengan kau!

Sekian sahaja dari aku.

Sudah lama tidak berpantun,
Poket rasa makin kosong,
Hari ini aku berpantun,
Mengisi minda yang kian kosong.

Hari Raya menjelang tiba,
Pelita dipasang setiap penjuru,
Pandu cermat di jalan raya,
Agar sampai tempat dituju.

Main gasing di pagi syawal,
Kena jerit dengan tok bilal,
Perangai saya kekadang tersengal,
Mintak maap, mintak halal.

Daun ketupat, air kosong,
Duit baru dah habis dekat bank,
Kalau dapat angpau kosong,
Pergi marah dekat bank.

 PENGUMUMAN PENTING
Ahad malam, raya ke-tiga, rumah aku dibuka luas untuk bertandang, esoknya aku keje.. so pandai2 korang adjust time.. datang jangan tak datang.. mak aku masak kaw2 punye.. Insyalah..

* gambar kad raya tu aku cilok dari http://kurtsyamaizarartwork.blogspot.com/



6 comments:

jordison hensem said...

yg no 8 tu mcm tipu je...
hari2 aku nmpak berahi ko kalau lepak bilik..
maus bulan posa jgn tipu laaaa...
!$#@^%@@% <--ni bkn carut,ni salah taip..

Anonymous said...

eh.. aku kate time nak tidur ngn dalam toilet la.. time lepak ruang tamu power aku simpan.. nanti kau sedut..

pendita pendusta said...

nk minta maaf, jgn tunggu raya.....buatnya terjadi sesuatu sblm raya, ha...spe nk jwb....gi mintak maaf skang...

Anonymous said...

dah.. sekian..

Ms Nur Mizly said...

ngko memang.
aku selaku guru bahasa sangatlah xbersetuju dengan rima akhir yang dh kau coretkan. ape daaaa...

pantun ko failed. hahahaha.....
mouse, patutla ko jadik librarian, bukan jadik cikgu. hahahahahaha

Anonymous said...

haha.. setidaknya mencuba.. ngee.. cikgu konon... beli la kalau berani.. ha masuk... masuk.. eh.. ewwahhhh!