Monday, September 6, 2010

Pendek dan Berkesan


Sujudlah, ketika masih mampu sujud.
(saje macam dakwah2 sikit mood ramadhan..)

Assalamualaikum wrbt.

Seperti tajuk di atas, posting kali ni aku nak cuba buat se-pendek yang mungkin. Bukan sebab tuan punye blog ni pendek. PANGG!! Lempang cuping telinga korang yang fikir macam tu. Aku tak pendek la. Aku cuma tak berapa tinggi. Sukacita aku isytiharkan bahawa tinggi aku sejak bulan puasa telah meningkat beberapa cm. berkat doa aku sendiri dan sahabat handai. 
Senang cite kalau tak pecaya kite pergi Pasaraya Warta, kite ukur.


1. Tujuan sebenar aku memendekkan entri-entri aku bermula dari entri ni adalah untuk mengelakkan pembaziran elektrik. Phewwitt! murni sungguh usaha aku.

2. Antara sebab lain adalah aku tanak korang bazir banyak sangat masa baca benda merepek panjang2; elak sifat menguap time membaca; dan adalah lebih elok korang meluangkan masa membaca Al-Quran daripada mentelaah blog. Pehwiiittt!!! Sekali lagi niat murni aku dibaca oleh korang!

3. Jadi entri kali ni aku nak cerita pasal kaki aku atau lebih spesifiknya LUTUT aku. Hari Jumaat aritu aku main futsal. Lutut aku injured. Pagi ni aku bangun tido nak pegi keje (Isnin) aku perasan kaki aku bengkak. Ni bukan perasan jenis yang "eleh perasan, orang bukan cakap die.." haa.. bukan perasan ni tau. Ni perasan yang lain. Kire macam "eh.. kaki aku bengkak!.." haa.. perasan camtu. 

4. JADI aku pi la clinic pagi tadi jugak. Jumpe doktor. Doktor kata "selalunya kalau injured main bola tak bengkak macam ni, ini kalau tekan dia kedalam, macam betik masak.."

5. Selepas lutut aku di x-ray dan ditakutkan dengan pernyataan doctor; "x-ray ni normal... tapi kenapa bengkak?.. saya tak pernah jumpa kes macam ni.." Aku mulai cemas. Oleh kerana muka doktor tu macam suspen maka aku pun berlagak suspen juga dengan menutup mulut aku dengan kedua belah tangan. 

6.  Adakah aku harus berbuka puasa akibat bengkak di kaki? kataku dalam hati. Seakan sedikit gembira sebelum doktor berkata "nanti sy bagi ubat SAPU, hari Rabu ni awak datang lagi.." kata doktor mengakhiri cerpen suspen aku, yang hilang bersama harapan dapat berbuka awal hari ni.

7. Maka aku pun berjalan keluar dari klinik dan berdengkot-dengkot masuk opis.

8. Jadi, sebelum berundur aku harap dengan adanya rakan-rakan budiman, TOLONG la ingatkan aku untuk berjumpa doktor pada hari Rabu tersebut bersamaan 8 haribulan September 2010.

Sekian sahaja entri pendek aku untuk kali ini. Aku melaporkan untuk diri sendiri supaya korang dapat mendoakan kesejahteraan aku khususnya di bahagian lutut kerana akan bertambah comel-lah aku jika aku berjalan lebih senget dari biasa akibat lutut sakit ini dan akan pastilah korang bertambah jeles dengan aku. 

Laju sungguh bertukar pakaian,
Selepas diajak pergi bersukan,
Diajak terawih bermalas-malasan,
Inilah dia balasan Tuhan.

Salam Alaykum


12 comments:

Anonymous said...

yup..ko kurang inci!!!

::SunnySunshine:: said...

dan ko kurang sopan..

Anonymous said...

Lutut sakit makan gearbox la kasi baik

Anonymous said...

Lutut sakit makan gearbox la kasi baik

::SunnySunshine:: said...

cite lebih tak gune.. sungguh tak gune..

Anonymous said...

suh doktor tu bagi recommendation masuk hospital tak leh ke?
bleh ko admit...
cek bebetul ngan pakar...
takut ligamen putus...

::SunnySunshine:: said...

apo la kau ni..
orang tanak masuk sepital ko suh doktor masukkan lak.. apo pasal..?
memang la buleh claim insuran..
kojo den belambak sapo nak tulung buek? en shahrul nizam agen insuran aku tu reti? ha? ha? tapi ape pun time kasih.. Rabu ni aku g check up lagi.. kalo tak ok jugak aku akan buat seperti yang dirancang.. tq

Ai3n Ameen said...

sgt pelik kes ko nih . hrp2 u'll be fine bro . nti aku igt nk dtg lawat ko mnta duwet raye skali .

Lalalalalalala ~

::SunnySunshine:: said...

haha.. jemput2.. ahad aku buat makan-makan untuk rakan-rakan dan taulan.. bersamaan hari raya ke-3.. hari raya ke-empat aku dah masuk keje balik.. ngee..

Ms Nur Mizly said...

ye korang kurang ketinggian. bukan pendek. dorang jeles!~

Anonymous said...

Naik few centimeterskan?
Agaknye kaki tengah adjust dengan saiz baru! ;p

::SunnySunshine:: said...

saiz ape yg baru? heh?? haha..