Friday, September 24, 2010

Aku Sebatang Shaver Gillette

http://www.gillettechampions.com.my/custom/en_my/html/champions_selection.shtml

Nama aku Mach 3 Turbo. 
Aku adalah sebatang shaver. Sejak lahir aku dikurniakan 3 mata pisau; lebih satu mata pisau dari abang-abangku. Sering aku terfikir bahawa aku ini cacat, tetapi kata abang, mata pisau ini adalah kelebihan untuk diriku, kerana dengan mata pisau itu aku akan lebih disayangi oleh manusia.

Beberapa hari selepas aku dilahirkan; aku telah diterbangkan ke Malaysia, sebuah negara yang asing bagiku; di sini mereka memanggilku pisau cukur. Udara Malaysia nyaman; seringkali mata pisauku berkilau tatkala mentari dari negara beriklim khatulistiwa ini terkena tubuhku; berselang seli dengan hembusan angin yang tak dapat aku rasa; sebab aku berada di dalam paket plastik; suam dan vakum.

Aku menetap di sebuah stesyen minyak; berlogo kerang; kuning keorenan warna lambangnya -SHELL; itulah namanya. Senang hatiku hidup di kawasan bandar. Nama penempatan aku ini adalah Bandar Baru Bangi. Mungkin susananya seperti New York, tempat asalku. Tidak sabar rasanya untuk keluar dari plastik ini. Menghirup udara dan bekilau, berlegar sekitar bangunan besar.

Tidak sampai beberapa hari aku dan kembar-kembarku yang lain menetap di sini, sudah ramai yang membeli; makin sedikit yang tinggal antara kami, dan selepas ini tibalah giliran aku; tergantung di hadapan sekali, menanti saat dibeli.

Tepat sekali jangkaanku. Tepat jam 1.25 pagi, datang seorang lelaki; berambut pendek, bercermin mata. Pelik aku melihatnya; jalan tidak seperti kebanyakan manusia yang sering aku perhatikan; terhencot-hencot dia berlenggang. Terus, tanpa kelip aku melihatnya.

"..pam 9, 20 ringgit kak.."
kata pemuda itu kepada akak cashier 

"minyak bayar depan ye cik.."
jawab akak cashier

Pemuda tersebut mengaduh perlahan, sambil berpaling dari akak cashier dan menuju ke belakang kedai, entah untuk apa tidak pula dapat dilihat dari sudut pandanganku. Pemuda tersebut kembali dengan sekotak air milo dan biskut pringles. Tiba-tiba dia menoleh ke arahku, dan aku masih ingat tangannya tatkala dia menyentuh aku buat pertama kali. Aku kini miliknya.

Sedang asyik aku bergembira, tiba-tiba aku melihat pemuda itu berlalu pergi, pelik, terkejut, sayu. Tidak jadikah dia membeli aku??? Adakah shaver lain di hatinya??? oh.. sungguh aku sayu.. aku dibiarkan bersembunyi di dalam plastik putih, di atas meja cashier yang semakin dingin.

4.25 pagi

Aku dikejutkan dengan genggaman hangat. Terasa seperti dihayun-hayun. Akhirnya aku dikeluarkan dari plastik putih, lalu dicampak ke atas tempat duduk di dalam sebuah kereta. Aku melihat pemuda tadi; matanya merah, terkebil kebil, menahan mengantuk mungkin. Sudah empat pagi. Manusia biasanya tidur.

Perjalanan ke rumah pemuda itu melalui banyak perhentian, asyik merah sahaja lampu isyarat jalan. Aku lihat pemuda itu semakin kusut. Kadang-kadang ada bebelan yang tidak berapa dapat aku tangkap*. Berkerut-kerut dahi pemuda itu sehinggalah sampai ke rumahnya. Aku dikeluarkan dari plastik vakum dan diletakkan ke dalam gelas bertulis Maxis Broadband.

7.02 pagi

Pemuda itu melangkah ke bilik mandi, membasuh muka, tangan, kaki dan beberapa bahagian lain. Mungkin ini yang dinamakan berwudhu'; seperti yang diberitahu rakan-rakanku di SHELL dahulu. Selesai. Pemuda melangkah keluar dengan laju.

8.20 pagi

Pemuda itu aku lihat dalam keadaan tergesa-gesa. Pertama kali aku digunakan. Pemuda tersebut merenungku dengan tajam; lebih tajam dari mata pisauku; betapa aku kaku oleh pandangan sejuk matanya.

"sebab kau lah aku lambat.."
kata pemuda tersebut

".................."
aku mane bleh cakap ngn manusia.. aku kan shaver... kata aku kepada korang para pembaca

Selesai sahaja mandi, aku tidak lagi melihat kelibat pemuda tersebut. Kini aku mula berkawan dengan berus gigi, ubat gigi dan gelas. Mereka sungguh peramah. Tidak sabar aku hendak berjumpa lagi dengan pemuda tersebut, ingin juga aku ketahui namanya. Ah... mungkin aku hanya perlu bertanya kepada rakan-rakan baruku..



Begitulah adanya, kisah yang menyebabkan aku terlambat masuk opis arini. 



"Rase nak patah-patahkan je shaver ni... Aduh... camne la boleh tertinggal.. akak tu pun satu bukan nak panggil aku... Nasib baik ko mahal, kalo tak, takde sampai aku termimpi nak pegi amik ko kat SHELL tu, dah la jauh, pagi-pagi buta plak tu.. trafic light ni bile pulak nk ijau.. ish..."

*dan inilah bebelan yang sukar ditangkap oleh shaver


Salam Alaykum.

5 comments:

Anonymous said...

ngok ngek nye syam

::SunnySunshine:: said...

haha.. sabar.. sabar..

Ms Nur Mizly said...

hahaha. sengal ko mouse...sangat sengal. hahahha. tulis novel mao x? hahahahah

Ai3n Ameen said...

haha . bes . enjoy gile .


syam , agk2 ko la kan . . klu ank sedara aku buat karangan UPSR die tiru catatan blog ko nih , ade pluang x dapat A ?

hahahahaha

::SunnySunshine:: said...

boleh.. aku yg approvekan A adik hang tu nanti.. hee..