Tuesday, August 3, 2010

Ustadz Haji Mouse Al-Abqori : mencari hubungan

Sekali sekala.. mendongak ke langit.. aTCHUM!

Assalamualaikum wrbt.

Hehehe.. seperti biasa aku memang suka mulakan harian aku dengan ketawa riang dan senyum simpul agar dunia ini tidak terlalu menyedihkan..



1. Hari ni aku nk share satu benda yang entah kenapa aku boleh tergerak nak fikir. Korang penah tak fikir atau terdetik kat hati korang "kalau semua orang sekeliling korang senyap.. apekah yang boleh menghubungkan korang?" penah? kalau tak pernah cuba korang imagine jap 5 saat... (best effect kalo korang kat tempat ramai org cam Tesco ke..) bayangkan sekarang.. sume orang sekeliling korang berhenti bersuara atau berbunyi...

2. Camne? best? ah haaa.. skarang balik kepada persoalan.. cane korang nk berhubungan? kalau tade suara maybe la boleh try non-verbal ke kan.. pakai tangan.. kaki dan sebagainya.. tapi yang menjadi persoalan sebenar ialah camne pulak nak berhubungan dengan Tuhan?

3. Jawapan yang aku jumpa is dengan kita bercakap denganNya iaitu dengan berdoa, zikir, dan juga dengan perbuatan; solat, bekerja, dan sebagainya.

4. Tapi cane nak tau jawapan? Sumtimes kita sering tertanya-tanya adakah doa kita terjawab atau ibadat kita diterima kan? Camne nak tau jawapan dari Tuhan?

5. Jawapan yang aku jumpa kepada persoalan ni pula ialah dengan menjadi sensitif kepada persekitaran, sensitif kepada alam, sensitif kepada manusia lain, dan sensitif kepada siri sendiri. Sebab aku percaya semua yang terjadi adalah daripadaNya. Betol? Dia tidak menyukai perbuatan sia-sia, so aku rasa, semua yang terjadi di dunia ni bukanlah sia-sia kalau Dia yang menjadikan sesuatu itu kan?

6. Jadinya, setiap yang terjadi kepada kita semua, setiap perjumpaan, setiap perpisahan, setiap perhubungan, setiap jelingan, setiap salam, setiap teguran, setiap nasihat, setiap segalanya pasti ada sesuatu. Aku rasa la. So aku rasa setiap orang patut mencari makna dalam setiap perkara ni sebab dalam setiap perkara2 ni pasti ada jawapan or maybe another clue. Jawapan kepada persolan, jawapan kepada doa yang kita panjatkan hari-hari. Sebab aku macam pernah terbaca "Allah mendengar dan menjawab setiap makhluk yang memanggil namaNya.."

7. Tapi.. dalam sebok, riuh rendah perhubungan kita dengan hal-hal dunia, sesama manusia, bekerja, makan, minum, tidur, dan sebagainya, banyak mana pula kita berhubungan dengan Tuhan? adakah waktu kita solat sahaja? so tiba-tiba bila aku hayati balik ayat "demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.." maka betol la.. selama aku hidup ni.. berapa banyak sangat la aku berhubungan dengan Tuhan.. solat pun ade lobang-lobang.. zikir pun jarang-jarang..

8. Oh betapa ruginya kehidupan aku selama ini.. (chewah!..) sebab aku rasa.. segala perbuatan kat dunia ni yang tak berniatkan untuk beribadat... yang tak berniatkan untuk Allah... yang tak berniatkan untuk kehidupan di akhirat... KAN RUGI TU? kalau hari-hari kita bangun semata-mata nak kejar class.. kejar punch card... tapi takde niat bangun kerana Allah.. kan menyedihkan? sebab tujuan kita hidup bukankah untuk mencari "duit" untuk membeli tiket masuk syurga? bukan ke? ade tujuan lain ke? pening2..

9. Well maybe ade org kate "kalau tak usaha mana nak kaya.." well.. itu untuk orang yang nak kaya sangat la.. tapi kalau orang yang miskin.. tak salah miskin seumur hidup sampai mati.. whats wrong with that? if korang nak ubah nasib tu yang kena usaha.. tapi kalau dah reti bersyukur terima apa yang ada.. whats d point nak ubah sangat.. kan? sebabnya ialah ramai mengukur manusia dengan harta dan pangkat... tekanan sosial yang jahat... darjat manusia di sisi Tuhan kan dikira pada imannya? bukan kah itu yang paling penting? hehe.. panggil aku Ustaz cpat!

10. Eh.. Apesal aku cite sume ni? hahaha.. aku pun tak tau.. maybe ini jawapan yang korang carik? maybe ini persoalan korang pada Tuhan.. dan maybe di sini korang dapat satu jawapan.. atau maybe peringatan yang kecil molek.. tapi ade ke orang soal benda2 camni? sory la aku mcm pelik sket smenjak dua menjak ni... entah-entah.. ish.. takut.. kekeke..

11. Eleh.. ape salahnya skali skala aku nak cite sumting yang masuk akal sket.. asek nak bergelak ketawa je korang ni.. baru lain sikit kate aku buang tebiat la ape la.. nak jadi baik pun salah.. cit.. poorah..

12. Lagipun aku rase tak salah kita nak cari diri kita sendiri.. korang pernah terfikir tak.. betul ke watak korang sekarang ni adalah watak sebenar benar korang? ah haa.. itu adalah persoalan dalam minda aku sekarang.. librariankah aku.. atau pencuci keretakah aku.. maybe aku yang sebenar benarnya adalah seorang nelayan..?

13. Nampaknya aku dah mula mengelamun syok sendiri.. wei mouse.. dah la.. kol bape dah ni.. ko tak keje ke? k la kawan2.. diri aku sendiri pun dah marah2 aku ni.. aku pun berenti la... so everybody.. tak kire umur korang berapa.. aku cadangkan.. GO FIND YOURSELF.. FIND THAT CONNECTION.. FIND OUT WHY..

Sekian.. salam alaykum...
(jangan lupe smayang.. pantun ni untuk korang..)

Berhenti kita di lebuh raya,
Renung ke belakang ia tiada,
Itulah ia masa yang muda
Tidakkan dijumpa di hari tua

Beli baju raya dekat Jackel
Sukanya hati warga perempuan
Sabtu ni semua plan cancel
Aku balik kampung makan durian.

-mSk-


2 comments:

Fana Hadi said...

Patut nya dulu ak rekomen kan ko utk wakil sekolah pertandingan pantun. tak sekolah pn mungkin wakil kelas. :D

Anonymous said...

last2 pantun aku jugak yang mencuri perhatian.. penat aku tulis berjela-jela.. ape ape pun terima kasih daun keladi.. panjang umur kometar lagi.. he he he..