Monday, August 16, 2010

My Inception : Aboy's subconscious

Aboy is in the house
(sebelum ni aku letak gambar rokok.. tapi rase macam tak elok plak iklankan rokok kat sini.. hee.. so ni aboy)

Assalamualaikum wrbt.

Hey hey hey.. hehehe.. aku harap korang sume sehat dan berpuasa pada hari ISNIN ni.. korang dah tengok cite inception? kalau belum baik korang g tengok dulu sebelum korang baca posting aku ni.. takut tak faham plak.. huhu.. masa aku mula-mula tengok dulu ade jugak aku nak post pasal inception ni.. tapi rasa macam membazir je.. sebab kalau aku review cite ni bukannye korang nak belanje aku makan pun.. 



1. Akan tetapi pada hari Sabtu yang lalu aku telah mendapat satu inspirasi; dari Aboy dan inilah "Inception Aku".

2. Sebelum tu aku cite sikit la beberapa point penting pasal inception ni:

-----------------------------------------------------------------------
Point-point penting inception

- Inception ni adalah kesah orang yang mampu masuk ke dalam mimpi orang lain.
(senang je cite die.. takyah teknikal sangat ok..)

-Tujuannya adalah untuk mencuri maklumat atau menanam idea dalam minda orang tersebut.

- Adalah perlu untuk menggunakan sebuah alat khas untuk masuk ke dalam mimpi tersebut. (dalam cite ni tak sentuh bab teknikal.. so aku pun tak tau cane nak explain alat tu..)

- Apabila berada dalam alam mimpi, masa bergerak lebih pantas dari alam sebenar.

- Perlukan seorang host yang merekabentuk 'architecture' or 'landscape' mimpi tersebut.

- SUBCONSCIOUS (minda separa sedar) adalah terma yang digunakan untuk watak yang tak di'create' oleh host; contoh: aku masuk dalam mimpi kau dan kau adalah host dan dalam mimpi tu semua benda adalah creation kau tetapi apabila ada benda lain yang wujud tanpa pengetahuan kau mungkin itu adalah dari minda tetamu yang menumpang dalam mimpi kau dan itu adalah dipanggil SUBCONSCIOUS.

- Mimpi boleh ada beberapa lapisan; contoh: kau mimpi, dalam mimpi kau tu kau tidur dan mimpi lagi (kire satu lapisan), dan dalam mimpi yang kau mimpi tadi ko mimpi lagi (kira dua lapisan) dan lagi dan lagi dan lagi. Tapi dalam cite inception ada 2 lapis dan 3 lapis paling kuat; BERMAKSUD lebih banyak lapisan lebih dalam kau masuk dalam mimpi orang tu.

- BAHAYANYA bila masuk terlampau dalam ialah kau tak dapat bezakan mana satu mimpi mana satu realiti; ko dah bangun atau kau masih tidur- BERMIMPI

-  SATU cara nak tahu kau dah bangun atau belum; dalam mimpi atau realiti adalah menggunakan 'totem'- apa-apa alat yang unik yang hanya kau tahu rekabentuk alat tersebut dan dalam cite Inception mamat hero pakai gasing kecik kot; ade jugak pakai dadu, dsb. -KALAU gasing tu berpusing tak berhenti-henti maknanya kau masih bermimpi, dan kalau berhenti maknanya kau dalam dunia sebenar.

- Kalau kau mati dalam mimpi; kau tak mati lagi sebaliknya kau cuma akan terbangun dari tidur. Dalam cerita ni ada beberapa cara untuk bangun iaitu mati, jatuh dari tempat tinggi, dan bunyi @ lagu.

-----------------------------------------------------------------------

3. Kalau tak faham ape aku explain, baik gi tengok dulu, sebab skarang aku nak cite pasal inception aku! hehehe..

-----------------------------------------------------------------------

Host: Aku
Subconscious: Aboy
Totem: Rokok Sempoerna buatan sendiri
Target: Aboy
Misi: Mendapat murtabak belanjaan aboy
Cara bangun: Azan

-----------------------------------------------------------------------

Hari ni aku cuti, tapi pagi-pagi aku dah kene pergi dengar ceramah MDEC pasal inovasi. Tapi takpe, sampai tengah hari je program tu.

Balik dari ceramah aku pun pergi ke cafe Aboy. Die tidur lagi, "cis.. semalam punye la kau seronok ajak aku melepak sampai pagi, sekarang kau seronok tidur tak ajak aku" kata aku perlahan sebab aku tau die takkan dengar punye walau aku cakap kuat-kuat.

JADI bile tengok keadaan macamtu aku pun tak puas hati. Aku pon join die tidur dan aku masuk ke dalam mimpi die.

-----------------------------------------------------------------------

1st Layer (Lapisan pertama)

Aku dan Aboy dalam kereta. Menuju ke sebuah destinasi yang tak asing lagi. Kedai Char Kuey Tiaw dekat dengan Restoran Tupai-Tupai. Kat situ ade adik manis. Tapi muka buat-buat garang. Konon-konon tak layan orang hensem. Piirah. Kitorang datang sebab Char Kuey Tiaw abang ko sedap je kau tau.

"Dik.. kuey tiaw dua.." 
kata aku kepada adik tersebut.

"Tiga la.. aku nak dua.." 
kata aboy kepada aku.

"Ha dik.. tambah lagi satu.." 
sapa aku.

"..pastu nak limau ais dua.." 
sambung aku.

Adik tu pun beredar dengan muka yang lebih garang dari biasa.

"Pasal ngan minah ni? sesungut ke?" 
usya aku.

"Senggugut la.. sesungut tu misai semut.." 
tegur Aboy.

"Betul la aku kata..ko yang salah dengar.."
kata aku perlahan sebab aku tak sure aku kata ape tadi.

Char Kuey Tiaw pun sampai.. bersama muka garang adik manis.. Tapi kitorang dah tak pandang dah muka adik tu lama-lama.. Aku dan Aboy pun melantak char kuey tiaw yang sedap tu.. perghh baii.. rasa macam nak kawen je ngn adik manis tu supaya aku boleh makan char kueh tiaw free..
Sesudah makan aku pun panggil adik tu.

"Dik.. Kira!" 
usya aku kepada adik manis yang bertambah-tambah muka garangnya.


"kali ni biar aku yang belanja.."  
kata aku kepada Aboy dalam usaha aku mendapatkan murtabak free petang nanti. Hehehe.

Belum sempat adik tu datang ke arah aku tibe-tibe ade jeritan.
"hoi! tak puasa ke!"

dan aku lihat beberapa orang berkopiah sedang berlari ke arah aku dan Aboy.
Adush. Sape pulak yang puasa dalam mimpi neh. Nampaknya subconscious aboy masih berpuasa walau di alam mimpi, dan masih suka ponteng puasa. Patut la adik manis tu muka masam.

Sedang kami berlari tiba-tiba aku nampak kelibat Scarlet Johannsen memegang tombak dan berpakaian ala-ala Iban. Nampaknya subconscious aku pula yang bermain-main dengan aku. Memori aku dengan Scarlet satu ketika dulu masih menghantui aku.

"POM POM!" aboy tersungkur.
ketika aku melihat aboy ditembak pak aji-pak aji itu, aku pula ditusuk oleh tombak Scarlett.

-----------------------------------------------------------------------

2nd Layer (Lapisan Kedua)

"Uish.. ini pergi bazar Ramadhan ke pergi kelab malam.." 
kata aboy yang hangin tengok orang pakai ketat seksi kat bazar ramadhan. (tapi sebenarnye die tak tau bahawa itu adalah subconscious die.. sebab aku tade pun create perempuan seksi.. cis!)

"Entahnye.. baik takyah puasa.." 
support dari aku.

"Kau ade nampak kedai jual murtabak?" 
tanye aboy.

"Tak.. kite kan baru sampai.. jum la jalan-jalan dulu tengok-tengok sekeliling, aku pun nak cari kuih ondeh-ondeh ni.." 
jawab aku jelas.

"hah tu sana.." 
kata Aboy.

"apa dia..?" 
tanya aku, pelik.

"Murtabak!.." 
jawab Aboy sambil menelan air liur dan menarik baju aku ke sana.

TERCENGANG
depan mata aku melihat murtabak 5 lapis.. 

Murtabak fesyen moden; 5 Lapis
diambil dari http://14sept.blogspot.com/2010/04/murtabak-biskut-kering.html

Pergghhh baiii... ini lagi baik dari cite inception yang 3 lapis tu! 
hebat betul subconscious kau ni.. 
aku pun tak terfikir..

dan azan pun berkumandang.. lalu aku dan Aboy bangun.. 
sudahnye selepas asar aku pun pergi ke bazar ramadhan..
dan Aboy pun membelanja aku murtabak..
Selepas puas makan aku pun menyalakan rokok..
Puas aku hisap.. 
tak habis-habis..

rupanya aku masih bermimpi..

 sehinggalah terdengar sekali lagi seruan azan
sambil kami dikejutkan oleh mak Aboy..

Dengan cemas aku ke cafe lalu memakan kurma,
dan membakar rokok, habis rokok aku.

Kini pasti, aku di alam nyata.

Tapi tak sempat beli murtabak,
sebab bangun time maghrib.

Cis!

-----------------------------------------------------------------------
-sekian, mSk-


12 comments:

scha_10 said...

hahaha..byk2 post, post ko yg ni aku plg suka...mn x nya, dgn keadaan citer inception yg ori tu pn berbelit2, ko memudahkannya dgn ada nya citer ko..hahaha..ko mmg hbt la mouse..bleh imagine smpai cmtu sekali..ko dh buat aku terliur murtabak abg yg kt bazar pkns tu..huhuhu..sbr aje lh.. ;)

coming soon~ inception 2: the murtabax

Ai3n Ameen said...

haha . btol2 . aku pon turut terliur tgk murtabak tuh . crite tuh mmg best sgt (bagi aku la , yg paham . sbb rmi member2 aku mencaci maki aku sbb intro kn crite tuh kt dorg n dorg kate crite tuh ntah hape2 . cehh )

tis is one of ur best post . the best of the best among the best lah .

=)

Anonymous said...

thank you guys.. really aprreciate it.. murtabak tu memang meliurkan.. petang ni aku berazam nak berbuka dengan murtabak 3 lapis.. hehe..

Anonymous said...

hebat cito ko.. sgt hebat smpai gelak mleleh air mate...

bravo!!

aboy hensem said...

woi ,aku nak royalti , ko jual nama aku... haremmmm je.... setakat 3 layer aper barang, ko dtg cafe aku bagi nescafe 5 layer....tgk ko mimpi basah tak?

Fana Hadi said...

x ley blah,nak shade scarlet johansson jer.

sape point man ko? sape architect ko? kire member ko aboy ni dah di trained jugak lah sbb pak aji-pak aji tu datang menyerang korang. haha..

nice2.

Anonymous said...

anonimous: cis.. cerita yang suspen ni ko gelakkan sampai leleh air mata.. time kasih daun keladi..

aboy hensem.. ke..: alah nak royalti2 bagai.. ko ingat aku post ni dapek duit ko..

fairyhana: point man ngan architect adalah aku sebab tak cukup pelakon.. haha..

p/s: kalau nak aku bleh masukkan watak korang sume lain kali, mungkin dalam filem lain.. sila request.. kikiki...

Anonymous said...

punye pnjg cter, berbelit2, nk bgtau yg kau kempunan murtabak jer?...haih la budak....

Anonymous said...

HEEE... alaa.. sedangkan kempunan telur tembakul pun boleh keluar tv..

Melissa Mjb said...

serious mula-mula aku pening bace entri kau ni. macam nak muntah hijau. tapi bile aku tenung lama2 murtabak 3lapis kau baru aku paham.

Ai3n Ameen said...

haha . tp mmg menarik la kn crite ko . len kali masukkan la aku sbg arkitek ko . haha .

Anonymous said...

mel: ko paham bab makan je la.. haha..

aien: bole tapi tanak la cite ni.. aku pun pening kadang-kadang buat cite nie.. huhu..