Saturday, August 14, 2010

Lalu Terfelo-felo Lah Beliau bersama Ustadz Haji Mouse Al-Abqori : pembunuhan seluruh ummat

Please don't kill me.


Assalamualaikum wrbt.


Terbangunnya aku hari ni pagi-pagi untuk melakukan tugas Felo aku yang pertama; dalam konteks menghadirkan diri bersama pelajar tahun satu; membawa mereka ke sebuah dewan gilang gemilang, menimba ilmu dalam sebuah majlis ilmu.




1. Oh betapa bertuahnya mereka ini, digerakkan hati dan badan oleh ALLAH swt, dapat sekali lagi hidup dan beribadah kepadanya; menghadiri majlis ilmu yang amat besar manfaat dan pahalanya, lebih lebih lagi di bulan Ramadhan ini.


2. Masa aku boring-boring ni aku pun pinjam laptop sorang student ni, Pinchak nickname die. Aku pun melajukan jari aku menaip, singgah di sebuah akhbar atas talian (online?).


3. Selalunya aku akan boring bile baca paper tentang manusia; tentang sejarah yang berulang-ulang dan dalam akhbar, sejarah tamadun-tamadun lalu seakan berulang-ulang setiap hari. Dari zaman Nabi Allah swt. Adam, sehingga zaman Nabi Muhammad saw.


4. Kali ni aku tersentuh, kali ni aku terlalu sensitif mungkin. Tajuk yang seakan menjadi norma- BUANG BAYI. 


5. Nampak semakin biasa, selalu sangat dengar sampai orang tak ambil kesah. TAPI ada lagi yang peduli, siap aku baca paper tadi ada putuskan bahawa buang bayi adalah satu kes pembunuhan dan akan didakwa atas dakwaan membunuh. Hukumannya? GANTUNG SAMPAI MATI. Mungkin.


6. Sedih kan. Satu pembunuhan akan menghasilkan 2 mayat, sekurang-kurangnya. Manusia, membunuh manusia. Ingat lagi kisah Qabil dan Habil? Ingat lagi zaman jahiliah? Ingat lagi betapa Allah membalas mereka?

7. Satu pembunuhan itu bukanlah satu pembunuhan seorang manusia, satu pembunuhan adalah pembunuhan seluruh manusia, seluruh ummah.

"Because of that We ordained for the Children of Israel that if anyone killed a person not in retaliation of murder, or (and) to spread mischief in the land - it would be as if he killed all mankind, and if anyone saved a life, it would be as if he saved the life of all mankind. And indeed, there came to them Our Messengers with clear proofs, evidences, and signs, even then after that many of them continued to exceed the limits (e.g. by doing oppression unjustly and exceeding beyond the limits set by Allah by committing the major sins) in the land!."
Al-Maidah; 5:32

8. TAPI.. Pernah tak kita tanya.. apa sebenarnya dilema diorang ni? why? kenapa sekarang ni pun dah lama kita tinggalkan zaman jahiliah, dah diajar dengan cahaya agama, diturunkan empat kitab, tapi masih ada yang berfikiran jijik! KENAPA!!!???


9. Ini jawapan aku! Manusia zaman sekarang hanya menyalahkan takdir! Bila sudah terjadi baru nak menyesal! Bila dah ada yang mati baru nak ambil tahu! Baru nak undang-undang sana undang-undang sini, gubal-gubal sana gubal-gubal sini.


10. Bila perempuan perempuan kita tak pakai tudung ada kita tegur? bila lelaki lelaki kita keluar sampai lewat malam ada kita marah? bila kawan-kawan kita tinggal solat ada kita sedih? Bila kawan-kawan berbuat mungkar ada kita maki?. ADA AKU KESAH? itulah jawapan yang PALING KURANG AJAR. Maybe sedap didengar, aku tak faham kenapa orang cakap macamtu, sangat biadap bagi aku. Ape lagi.. sengeh je la.. sengeh sampai kena diri sendiri..


11. Sory la point number ten tu aku ter'emo'. Ape aku nk cakap ialah jangan kita marahkan benda-benda besar je. Bagi aku ia adalah "satu perkara yang mengarah kepada satu perkara lagi"- One thing led to another. SO kena la jaga dari awal, kena jaga dari perkara-perkara kecil. Cara pertuturan, adab sopan, kedewasaan berfikiran.


12. Jaga betul2 orang sekeliling kita. Sekecil-kecil perkara menutup kepala bagi perempuan itu juga diwajibkan. Apakah kita masih tidak mahu menerima arahan Allah? Bukankah Dia yang menjadikan kita? 


13. Hehe.. terharu aku bile baca balik ape aku baca.. hey.. aku tidaklah sehebat mana.. ini saja aku ada.. dan ini aku kongsi bersama..


14. Friday the 13th.. ada kene mengena ke kes2 ni? huhu..


15. Sekian sahaja dari aku. Aku nak type banyak lagi. Tapi mamat Pinchak ni dah pandang-pandang aku dari jauh. Hahaha. So baik aku serahkan balik laptop ni. Bateri pun nak abes. Ngeeeee..


Sebelum aku menyelit kembali dalam golongan yang bertuah ni; yang terlepas dari gejala buang bayi ni; yang dihadapi oleh rakan sebaya mereka di sudut lain Malaysia; aku mengucapkan kepada diri aku dan semua "Selamat menjalani kehidupan sementara ini. Bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."


Adik-adikku bukalah matamu
Bersyukur kau dalam majlis ilmu
Adik adikku bukalah hatimu
Bersyukur kau dilahir ibumu


Sekian, salam alaykum.