Wednesday, August 4, 2010

Lambat, Lembab, Lewat, Late

Sejuta Langkah by JAC


Assalamualaikum wrbt.

Hari ni aku lambat lagi untuk kali kedua dalam minggu ni. 


1. Boleh pulak aku dah lambat ade kete myVi putih baik hati bagi laluan kepada orang dari arah kiri dan aku terpaksa menahan amarah yang amat sangat. 

2. Aku pecut selaju mungkin; hanya untuk melihat kotak parking favourite aku sudah diambil orang. "Ape nak buat, siapa cepat dia dapat, begitulah konsep rezeki" kataku dalam hati. 

3. Lalu aku pun memberhentikan kereta aku depan tangga library, melompat naik tangga yang mana time ni aku rasa aku dah macam Penjejak Badai dalam komik Pedang Setiawan atau Storm Warrior karya Ma Wing Shing; hanya untuk melihat waktu log in aku pada pukul 08.06 iaitu late, lewat, lembab, lambat seminit dan pada masa itu terngiang-ngiang kenanganku pada myVi putih bertampal P yang baik hati tadi. 

4. Oh.. betapa aku terpaksa beristighfar dengan lebih kencang akibat mengah berlari tadi supaya aku tak mengamuk, sambil berjalan menuju ke kereta yang aku tak matikan enjin dan aku main letak suke ati je sebab dah lambat, seterusnya aku pun pegi parkingkan kete kat ground floor yang mana aku memang tak suke sebab itu kire level 1, nak masuk library kene naik tangga sampai level 4.

5. Itu la kelemahan aku, bukan ape, sejak dari aku diploma, sampai degree aku kene naik tangga, bukan aku tak larat. Aku dah loya, nampak tangga je aku rasa mual; macam member aku si Badul yang takleh nampak lauk kari sebab dari sekolah asrama die makan kariiiii je hari2 sampai dah tak lalu sangat dah nak makan. Fahamkanlah sendiri sebab aku mood tak berapa baik kali ni.

6. Hari ini dan semalam aku telah melakukan kesilapan. Aku berazam untuk tidak mengulanginya lagi. 

7. Strategi aku untuk datang awal pada pagi esok ialah terus tidur sejurus lepas habis meeting malam ini. 

8. Aku akan bangun seawal 6.00 pagi.

9. Aku akan pastikan aku siap mandi sebelum pukul 7.00 pagi

10. Aku akan keluar dari rumah sebelum 7.30 pagi.

11. Begitulah strategi idaman aku setiap hari, dan esok, ye... esok aku akan laksanakannya.

12. Aku yakin aku mampu mengubahnya.

13. Semoga Allah memberkati usaha aku ini.

Sekian, salam perantauan, salam satu perpustakan, pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan.
Terimalah pantun dari aku,


Jantung pisang bawah jejambat
Laut Jawa nampaknya dalam
Tahu sudah datangnya lambat
Masuk pula tak beri salam

Ikan todak besar sebaldi
Anak kedidi dimakan tak sedap
Bangun pagi biar tak mandi
Asal jangan tidak beradab

-mSk-




8 comments:

Anonymous said...

hahhah saya nampak anda lambat..sila dtg awal pasni atau markah anda akn turun^_^

Anonymous said...

ish.. menakutkan ni.. siapakah gerangan empunya diri sehingga boleh menurunkan markah sebegitu rupa.. serammm.. serammm..

Anonymous said...

saya xleh turunkan markah anda tapi saya boleh report kt bos anda nanti hahahha gelak jahat ni aippp bulan posa x baik2..ehehe

Anonymous said...

hahaha.. ceh.. dari gelak jahat itu saya sudah dapat mengagak siapakah anda.. huh! =p

Anonymous said...

ha siapa saya? meh nak buat peraduan sila teka siapa saya..ahakss

Anonymous said...

haha.. ini mesti keje kat cyber ni.. kan kan kan.. tau sgt dah..

Anonymous said...

syhhh diam2...jgn report sesapa tau..simpan rahsia ni..jgn kecoh2 lsg

Anonymous said...

hahaha.. orait.. =)