Friday, August 6, 2010

Ustadz Haji Mouse Al-Abqori : 42 minit dengan ayah

Masjid Nabawi
http://ummatanwasatan.net/wp-content//nabawi.jpg
Assalamualaikum wrbt.

Kesekian kalinya dalam kehidupan kita sehingga saat ini kita menemui Jumaat. Bersyukur kita kepada Yang Menguasai Hari Pembalasan, yang masih membenarkan kita hidup; yang masih membenarkan kita bertaubat kepadanya. Sesungguhnya tidak ada seorang pun terhindar dari melakukan kesilapan; biar kesilapan kecil mahupun besar.



1. Hari ini Ustadz ingin membicarakan soal hati. Hati, yang mana pada setiap manusia normal itu memiliki satu bahagian di dalam badannya dipanggil hati; tempat terpancarnya 'signal' yang menghubungkan kita dengan Yang Maha Pencipta, Yang Maha Agong.

2. (termenung fikirkan apa yang aku dah cakap/type..)

3. Eh.. jangan panggil Ustadz.. tadi saya tersasul.. belum tahap itu lagi saya ini.. mengaji pun masih sangkut-sangkut.. jalan pun masih senget.. tapi mungkin ini sahaja yang boleh saya kongsi dan kita jadikan topik untuk difikirkan bersama.

4. Pada minggu lepas saya telah berkesempatan berbicara dengan ayah saya; yang mana seingat saya kali terakhir terjadinya satu perbualan sebegitu adalah pada tahun lepas, bulan syawal. Kemudian hanya salam dan  teguran biasa-biasa sahaja yang terbit dari mulut masing-masing.  Mungkin idea dan peringkat pemikiran yang berbeza itu menjadikan kejadian itu begitu, atau mungkin hanya kerana tidak dibiasakan dari kecil lagi.

5. Kali ini lain, perbualan kami serius dan amat bermakna bagi saya. Sebelum ini kata-kata yang muncul dari ayah hanya berbentuk teguran atau sindiran. Selama hidup saya, inilah saat berharga antara saya dan ayah. 42 minit yang akan saya kenang.

6. Dalam perbualan itu kami telah membicarakan tentang hati. Punca terbit diskusi ni adalah bila mulut aku (malas nak saya awak lagi dah..) yang tak reti diam ni cakap kat ayah aku "along rase nak berenti kerja la ayah.. rasa macam banyak makan gaji buta.." itulah ayat aku dan ayah aku pun jawab dengan tenang "benda2 ni memang susah nak elak.. sebab tu kita dituntut melakukan solat sunat taubat..tapi kena elak dari melakukan perbuatan tak elok dengan sedaya upaya.."

7. Pastu ayah aku tanya la ape aku nak buat kalau berenti keje dan aku pun menjawab dengan lebih tenang dari ayah aku "along nak tengok dunia.. nak kerja biasa2 pun xpe.. i want the experience.."

8. Rupenye ayah aku lagi selamber sebab dengan rilek die kate kat aku "hati ni takkan puas.." dan aku pulak terlatah dan aku tanya camni "haa.? tak faham.."

9. Ayah aku kata orang alim dan para ulama' pun kadang-kadang rasa kosong, rasa nak cari sesuatu tapi tak tau apa nak cari. Sebab tu la ada sesetengah ulama' berpendapat bahawa hati kita ni hanya dapat dipuaskan dengan Allah. Maksudnya takde satu pun dalam dunia ni yang dapat memuaskan hati.

10. Lepas tu ayah aku suruh aku banyakkan berzikir sebab zikirullah itulah cara mengingati Allah dan itu lah yang dapat menenangkan dan memuaskan hati. Ayah aku suruh aku cari aktiviti aktiviti kerohanian. Aktiviti yang boleh meningkatkan keimanan. "Ko tak kaya xpe asal kau beriman.." titik bukan noktah ayahku.

11. Lepas tu dalam perjalanan aku pergi melepak dengan member, aku pun berfikir la perkara-perkara ni. Sangat besar maknanya bila ayah aku kata "hati itu hanya dapat dipuaskan dengan Allah..".

12. So.. apa yang berubah? macam-macam.. aku dah tak banyak berkeinginan yang merepek-meraban lagi dah. Aku dah boleh tahan nafsu beli i-Phone 4.0, aku dah tak fikir nak beli kete baru, and aku dah tak fikir sangat pasal perkahwinan dan aku dah boleh lupakan FACEBOOK (hahahahaha...). Aku juga rasa itu semua keinginan dunia yang terjadi akibat tekanan sosial. Itu bukan diri aku sebenar, dan sebab utamanya aku dah boleh tenang is aku tau lepas aku dah ada tu semua aku akan nak lagi.

13. Alhamdulillah.. akhirnya aku berjaya mencari jawapan kepada persoalan aku sebelum ni "siapakah diri kau yang sebenarnya?" tak perlu cari lagi.. diri aku sekarang adalah aku dan watak ini aku harus lakonkan dengan sebaik-baiknya.. sedaya upaya aku... korang pun sama.. jangan sedih dengan keadaan korang sekarang.. kaya atau miskin.. pangkat tinggi atau rendah.. sebab itu semua dunia.. dan dunia itu takkan dapat memuaskan hati kita.. apa kau rasa kalau kau miskin sekarang.. tiba-tiba esok kau kaya.. kau akan puas? tak.. mesti ko nak lagi punyeeeee!!!! hahaha..

14. Sekarang ni aku rasa cukuplah adanya Allah.. dan betul... aku tak pernah rasa lengkap macam sekarang ni..

15. Aku rasa sekian sahaja perkongsian aku dengan korang pada kali ni.. jam pun dah nak pukul 5.. agak molek kalau aku berkemas untuk balik.. he he he..

16. Akhir kata dari aku.. pertingkatkanlah perkembangan spiritual.. semoga akan dipermudahkan urusan di dunia ini sebelum berbahagia kita semua di atas akhirat sana.. amin ya rabbul alamin.

17. Kalau ada salah dan silap.. korang pandai-pandai la nilai.. ngengenge..

Sedikit sedekah dari aku:


Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.


Al-Imran 3:7
taken from the World Wide Web at: http://quran.al-islam.com/Search/SrchHits.asp?SearchText=hati&TotalCount=222&lang=mal&Option=1&pageID=1&flag=1&ID=300



No comments: