Thursday, June 10, 2010

Naruto Shipuden!


Assalamualaikum wrbt. kepada semuanya. Semoga bersenang hati di hari yang sungguh khamis ini. Macam biase gambar kat atas ni takde kene mengene dengan topik kita kali ni... eh silap.. ade la sket.. dah ujung ujung



i) Kali ni aku nk cerita topik yang agak serius. Pasal membaca. Sebagaimana aku ni seorang pustakawan (librarian) layaknya aku terpanggil untuk mengulas tentang topik ni.

ii) Ade hari ni  aku bace berita pasal "usaha tingkat akhlak moral rakyat penting capai Wawasan 2020". Bagus la.. ada juga manusia yang masih prihatin tentang isu ni.

1. Sebagai pemuda dan pemudi negara ini, aku rasa eloklah jika kita dapat membicarakan tentang permasalahan tersebut. Sebab utamanya aku rasa kita semualah yang menjadi penggerak dan agen pengubah kepada negara (macam bagus kan aku.. hahaha..)

2. Aku tak tahu ape yang korang boleh sumbangkan kepada negara apatah lagi aku pun tak tahu ape yang patut aku buat. Jadi apalah salahnya jika korang semua mula fikirkan apa yang perlu dari sekarang sebab skarang ni time lunch hour.. nanti dah start opis hour korang tak digalakkan la buat bende lain.. tak gitu?

3. Sebagai seorang pustakawan yang dekat dengan buku, aku betul-betul rasa kita adalah apa yang kita baca.  senang cite (cerita) aku bagi satu contoh la.. kalau ade sorang (seorang) mamat ni.. seumur hidup die duduk dalam masjid je.. er.. oke la aku tukar... (karang Islamik sangat ade pulak yang menyampah..) SCIENCE LAB ok? MAKMAL SAINS? oke.. Jadi.. sorang mamat ni duduk dalam makmal je keje die.. dari kecil sampai la tua.. sampai nak mati.. orang akan panggil dia dengan nama samaran saintis or mamat lab or ape-ape je la yang berkaitan dengan lab.. kan? betol?

4. Atau mungkin mamat tu jadi gile.. still (masih) orang akan panggil die saintis gile atau "mad scientist".. maksud saya... kita adalah apa yang kita baca, lihat, dan dengar.. haha.. mungkin korang tak sefaham aku pasal ni.. tapi .. lantak la.. aku pedulik plak (pula..)

5. So.. Pe yang aku nak kate ni ialah.. kite mesti kawal apa yang kita baca, lihat, dan dengar supaya kita boleh bertindak dengan bagus bermaksud.. berlandaskan sesuatu yang kita baca.. atau input yang kita dapat.. setuju? (Kalau setuju bagus.. kalau tak.. tak bagus la.. senang kan..)

6. Berbalik kepada tajuk berita di atas sekali.. aku rasa.. gejala sosial ni banyak dibantu oleh media, buku-buku kartun contohnya, aku tengok skarang ni buku cerita dongeng budak-budak bukan main.. dengan skirt pendek, gambar budak kecik bercium, masyalah...

7. Sedar ke kita yang benda-benda ni.. gejala sosial ni dah kita pupuk pada generasi muda kita sejak kecik (kecil) lagi. Novel-novel cinta muda-mudi contohnya, "aku ingin berada dalam dakapanmu", "to kiss you every morning i am awake", lagu-lagu di radio "i kissed a girl and i liked it" movie and drama tak payah cite la.. dah sedia maklum.. kan semua tu menjurus kepada kemungkaran.. btw.. korang dah tengok cite Lagenda Budak Setan? keciwa aku.. tak seperti yang aku harapkan.. aku boleh direct lagi baek! huh! Tuan Direktor! Aku benci kau!

8. Selain itu juga ... ade aku tengok magazine-magazine untuk remaja yang skarang ni tak boleh la kalau takde tips2 yang macam haram.. "10 cara memikat hati si dia", "tips meningkatkan nafsu lelaki/perempuan" ade wei.. aku tak tipooo... (tipu...) kan cam haram tu... (skarang ni aku baca 6 magazine, Times, Fortune, Readers Digest, FHM, and Klue yang aku dah tak jumpe lagi kat kedai-kedai... pupus?)

9. Ish aku dah mula hangat.. marah tau ni.. senang-senang je remaja kita dipesongkan dari budaya dan adab masyarakat timur.. tak puas hati? tak setuju? korang tengok budak-budak muda skarang berpakaian dah cukup.. aku tanak komen banyak-banyak pasal tu.. karang ade plak aku kne ban..

10. Semua yang aku cakap sebab ape? sebab banyak magazine yang macam tu.. cerita tentang "Fesyen", " Gaya Artis", "Gaya Hidup Idaman", weiiiiii... korang dah cukup cool dah..

11. TAK PERLU ada kereta mahal nak usya pumpuan, pumpuan pulak tak perlu la tengok kete mahal baru nk terpikat... tak kemana.. kita sendiri yang meletakkan standard kita.. dan serius aku cakap.. standard bukan diukur dengan kebendaan... (kete tu satu contoh je.. banyak lagi.. malas aku nak taip panjang-panjang..)

12. Kepada member-member aku yang pangkat kakak-kakak, abang-abang, yang dah jadi mak budak bapak budak tu... jaga-jaga anak kita.. jangan sampai jadi hamba -m.nasir

13. Kepada kerajaan negara malaysia.. mulalah berfikir sebaiknya.. ilmu yang baik itulah yang mencorak minda individu.. dan kerana itulah ilmu dan orang berilmu itu dipandang tinggi.. invest in human development.. the country will develop itself..

14. Kepada semua, kita berbicara mengenai ilmu sepanjang hidup kita tetapi kita lebih sanggup mengeluarkan duit kita untuk hiasan-hiasan rumah, majalah-majalah hiburan, dan makanan-makanan sedap sedang minda kita kelaparan dan huduh tidak berhias, sunyi tidak terhibur.. (fuhh.. terbaik setakat ni dari aku..)

15. Kepada pustakawan serata Malaysia, pilihlah buku-buku dan bahan-bahan yang berkualiti untuk minda pengguna kita, kerana itulah sebenar-benarnya kejayaan kita.

16. Hah haaa.. kan aku dah kate aku serius.. tapi tak lame la.. maybe sebab aku suke bace buku Sin Chan.. eh.. korang tau tak pelukis dan penulis Sin Chan dah R.I.P? sob sob.. sedeyh aku..

17. Skarang aku suke bace Naruto.. tah-tah nanti aku bleh jadi ninja.. well.. we are what we read.. ngeh ngeh ngeh..

OK LAH! aku dah penat.. nanti korang komen tau.. tak komen pun tekan la button like tu.. bukan susah pun hallamak... baru semangat sket aku nk menaip.. tekan la.. malu-malu plak.. WOI! TEKAN LA WOI!

macam biase sebelum aku blah aku bagi pantun.. hehe.. tapi kali ni aku ketandusan pantun.. aku nk share satu ayat power ni..

"The ink of the scholar is more holy than the blood of the martyr"
-sayings of The Prophet taken from the world wide web at http://www.twf.org/Sayings/Sayings4.html#Learning

Sekian, salam alaykum.

4 comments:

scha_10 said...

haha..best klu bc blog ko ni..dlm mengarut2 kau tu pn,byk gak kebenarannya..terbaekkk..haha.. :p

even utk intebiu ukm aritu pn aku ingt lg hobi kau.."saya suka bc komik" u are what u read wokeyh..wakakaka (>_<)v peace!

scha_10 said...

weyh..weyh..weyh..lp nk ckp..ape brg aku je follow blog kau..cyap ltk dlm list blog aku..hehe..follow le blog aku ye..thnx! (muka xmalu ckit arini..dh lm pdm perasaan ni..wakaka)

Anonymous said...

hahaha.. thanx scha kerana mengomen.. ko adalah pengomen aku yg paling best.. aku baru je tau ko ade blog.. ape daa.. promo lebih sket.. aneway aku dah pun follow ko pnyer blog.. hehe.. bernass..

Anonymous said...

oooooooooo bgus2 moga menuju kejayaan...misi trcapai..inovatif n creative mutu kualiti misi utama...hu3....