Monday, April 12, 2010

Top Ten "Sila Padamkan"

Assalamualaikum..

1. hari ni.. disebabkan semua orang terlibat ngn bengkel Penulisan dan Pemberitaan, maka aku adalah orang yang terboring sekali kat opis..

2.maka dengan itu aku terpikir satu benda yang tak kurang seronaknye dengan bengkel tersebut.. bukan sebab aku jeles ngan diorang.. well.. walaupun diorang dapat makan free.. dapat gelak ketawa.. bergembira dengan suasana yang berlainan pada pagi isnin..

3. tak heran laaa... wekkk.. korang sume nerd.. tapi tak pakai spek.. aku la nerd rupenye sbab aku je duk opis time org lain bergembira..

4. baiklah.. maka sebelum aku pergi ke kedai makan untuk makan berbayar.. mari kita lihat senarai sepuluh terbaik "Sila Padamkan"

TOP TEN SILA PADAMKAN

10. Sila padamkan YAHOO MESSENGER ANDA BILA ANDA TIDAK BERADA DI MEJA.

9. Sila padamkan JAM LOCENG SENDIRI.

8. Sila padamkan 'HISTORY' BILA DAH TENGOK WEBSITE "EHEM EHEM".

7. Sila padamkan HARAPAN UNTUK MEMENANGI HADIAH RM30,000 SHELL.

6. Sila padamkan ROKOK DENGAN BETUL SEBELUM ASAP ROKOK MENYIRAPKAN AKU.

5. Sila padamkan SENSOR PEREMPUAN BILA KELUAR BERSAMA KELUARGA (Takkan dapat usya la..)

4. Sila padamkan BLACKBERRY DAN I-PHONE ANDA SEMASA BERDATING.

3. Sila padamkan FAN PAGE 'SAYA SUKA CUCUK PERUT KAWAN SAYA' DI FACEBOOK.

2. Sila padamkan BUDAK YANG MEMEKAK KAT BAWAH TU.

1. Sila padamkan SUIS PEMBUANGAN BAYI DI DALAM OTAK ANDA.

Sekian.

No comments: