Wednesday, May 14, 2014

Bola Sepak dan Hukum Hudud.

Assalamualaikum wrbt.

Saya adalah seorang peminat sukan bolasepak.

Pasukan kegemaran saya adalah Negeri Sembilan, Malaysia, Liverpool dan tahun ini akan menjadi penyokong kepada pasukan England semasa kejohanan piala dunia bulan Jun nanti.

Diharapkan dengan kehadiran 5 pemain Liverpool di dalam skuad England tahun ini, lebih-lebih lagi Captain Gerrard ada, sekurang-kurangnya pasukan England bolehlah memasuki peringkat final. Jangan hujan pula di Brazil takut abang G terpelungkup tergelincir hilang maruah dan piala dunia. Entah-entah grouping pun tak lepas sebab ada Suarez the Tooth Fairy dan juga pasukan Italy yang pernah menewaskan England dalam world cup yang lepas. Itu pun kalau betul la saya tengok grouping world cup di internet tadi. Entah-entah tahun bila punya post. Malas nak study.

Maka hendak dijadikan cerita semalam saya terbeli jersi England, size L. L budak-budak la memandangkan badan saya memang kurang lebih begitulah. Comel-comel macam Coutinho. Eceh.

Memang rasa seronok beriya-iya bila ada jersi ni. Lama dulu ada jersi Brazil tapi ada orang pinjam tak pulang-pulang. Sedih juga tapi tak mengapa, sebab ada cerita lebih menyedihkan dari itu.

Tadi, baru kejap tadi tengok dekat internet lagi, untuk memastikan jersi yang saya beli semalam tu adalah jersi untuk world cup tahun ini. Yelah kan, sekarang ni macam-macam versi ada di pasaran. Takut pula tersalah beli jersi. Mana lah tahu terpakai jersi England world cup 8 tahun lepas, tak pasal-pasal dibilang orang penyokong kental England. Padahal tahun ni je sebab line-up power.

So, lepas selidik sikit sebanyak, terjumpala page demi page yang menerangkan lebih detail tentang jersi tersebut. Contohnya seperti di http://footballfashion.org/wordpress/2014/03/31/england-2014-world-cup-away-kit/ dan juga di http://www.aa-sports.co.uk/blog/new-nike-england-2014-home-away-kit-revealed/ . Alhamdulillah tidak tersilap jersi. Memang sah jersi tahun ni.

Study punya study punya study, terbaca lah pula ayat yang terjemahannya bermaksud "di bahagian dalam tengkuk adalah tab penan dengan grafik pinstripe perak yang bila bercantum bersama menghasilkan salib St. Geroge" -sport locker.net


Perkataan alamak mula berdengung-dengung di minda, jari jemari mula menaip zaharudin dot net, masa semakin suntuk, waktu opis nak abes... mata semakin layu... terlaung suara azan...

Habis study. Sedapkan hati, kalau di dalam orang tak nampak takpe kot. Ye dak. Ehee. Alaaa! Tapi ada lagi bahaya dari itu ye saudara-saudari seagama sekalian. Kalau yang jersi merah (away kit) ada ayat yang terjemahannya berbunyi:

"The new England away jersey features a bold red tonal pinstripe design subtly infused with a graphic interpretation of St. George’s cross on the front. The St. George’s cross, representing the English patron saint, is an optical illusion and cannot be seen up close, coming into focus only from a distance." -http://footballfashion.org

Malas nak translate. Senang cite, baju away England ada salib besar penuh depan baju tapi kalau dekat-dekat tak nampak, jauh je nampak. So nanti kalau Steven Gerrard rembat dari dalam bulatan tengah, goalkeeper yang tak bernasib baik masa tu mungkin akan tersebut Jesus is dot dot dot banyak kali dan ini akan mengganggu akidahnya sekiranya dia adalah saudara Islam kita. Nauzubillah. Nasib baik Malaysia tak ke piala dunia.


Nampak? Tak nampak pendek ko pandangan.

Al simpul wa simpulan, sesiapa yang rasa minat sangat nak beli jersi pasukan kegemaran, tak kesahlah piala dunia ke, piala konfederasi ke, piala pilahdelphia ke; hati-hatilah dalam memilih pakaian. Kaji dulu sebelum membeli. Agama lain memang tak segan silu malah berbangga dengan agama mereka sehingga di jersi pun dipromosi seluruh dunia. Kita ni hudud di negara sendiri pun takut nak buat. Tapi, itu kita cerita lain kali.

Sekian,
salam alaykum.

1 comment:

Anonymous said...

Bos
Kalu rasa tak ada kejo, kawen buat anak lagi bagus. Guna kejantanan tu ..