Wednesday, October 10, 2012

Lalu Terfelo-felolah Beliau : After Sampuk

Assalamualaikum wrbt.

Sampuk adalah;

= menyampuk 1. melanggar sesuatu (ketika berjalan); 2. menangkis atau menepis (pukulan dll); 3. mengganggu kesihatan (oleh hantu), merasuk (oleh hantu): kenapa budak itu terjerit-jerit sahaja, disampuk hantu agak-nya; 4. mencelah (percakapan orang), me-motong cakap, mencampuri (hal orang lain): Azlan tidak sedikit pun menyampuk sehingga ayahnya habis bercakap; menyampukkan melanggarkan, meng­hantuk-kan; tersampuk 1. terlanggar atau terhantuk (ketika berjalan), tersandung; 2. jatuh sakit (kerana diganggu hantu), keteguran: anaknya ~ hantu petang tadi. (diambil dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sampuk)

Sampuk yang paling disegani adalah yang nombor 3. Hal ni kerana bagi mereka yang mempercayai perkara-perkara ghaib, entiti yang menyampuk itu tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Berlainan dengan sampuk-sampuk yang lain. Sampuk 4 ubatnya senang kerana yang menyampuk itu boleh dilihat. Berikan teguran atau makian sahaja sudah memadai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Azlan tidak lagi meyampuk percakapan ayahnya selepas ditampar beberapa kali. Eh.

After sampuk pula adalah keadaan mereka yang terlibat dalam gejala sampuk. Mari kita selidik After sampuk nombor 3. Simptomnya adalah seperti:

1. Keletihan.
2. Mengantuk.
3. Lapar dan dahaga.
4. Sukar untuk tidur.
5. Lebih mengingati Allah swt.

Adakah anda mempunyai simptom-simptom diatas? Mungkin anda baru lepas terlibat dengan gejala sampuk.

Sekian.
Salam alaykum.



No comments: