Monday, September 10, 2012

Lalu Terfelo-felo Lah Beliau : Junior, Senior, Tua dan Persoalannya.

Assalamualaikum wrbt.

Hari ini bermulalah sesi kelas bagi adik-adik yang baru menjejakkan kaki ke universiti. Tangga yang baru akan mula didaki. Namun jangan takut atau gentar dengan apa yang menunggu di puncak. Mulakan dengan anak tangga yang pertama. Fuhh. Ok lah, tak selesa menulis macam brader-brader anak dua. So, selamat datang wa ucapkan kepada adik-adik semua. Wa harap lu semua reti hormat orang tua dan senior.

Senior ni adalah orang yang lama berada di sesuatu tempat, atau sesuatu bidang, atau sesuatu tajuk perkara.

"Jadi kita perlu hormat mereka kerana apa?" tanya adik-adik junior.

Entah, sebab mereka senior laa. Dalam dunia ni mana ada tempat yang junior tak hormat senior. Kan? Bukan ke begitu? Kita panggil common law. Aiceh. Pendapat peribadi wa, kita ni kalau di universiti tempat menimba ilmu haruslah menghormati senior kerana ilmu yang boleh kita perolehi daripadanya yang terlebih dahulu mendaki tangga-tangga yang ada di universiti. Ya, hormat kita kepada senior adalah kerana ilmunya, kerana manfaat yang boleh kita peroleh darinya.

"Kalau senior tu bila kita tanya, semua dia tak tahu?" tanya adik-adik junior lagi.

Hmm. Kes macam ni dipanggil rahmat. Kalau ada senior yang macam ni, adalah menjadi tanggungjawab junior untuk memberi tunjuk ajar dan panduan agar senior itu tidak terus hanyut dan ganyut. Haaa. Pahala dapat, ilmu pun berkat. Insyalah.

"Kalau tua macam mana pula?" tanya adik-adik junior yang suka bertanya.
"Kau ni masuk universiti guna kabel ke apa?" jawab wa yang sedikit hilang sabar dengan soalan sebegitu.

Tua tu orang yang lebih tua dari kita la, dalam erti kata lain lahir lebih awal dari kita walaupun beberapa saat. Tak kesahlah si tua tu sama-sama semester 1 macam anda pun kena juga beri penghormatan.

"Kena ke tunjuk rasa hormat? faham-faham sendiri tak boleh?" tanya junior tadi tanda melawan.

Amboi amboi amboi *kuit kuit jari telunjuk*

Kenalah tunjuk adik oiiii. Tak tunjuk mana orang nak tahu. Meh sini wa ajar lu macam mana nak tunjuk hormat. Ini dulu wa belajar dekat Kolej Sempana Riau. UiTM Segamat.

Mula-mula sekali, masuk tempat baru, tempat orang, pergi la bersalam-salam dengan jiran-jiran. Jangan duduk tersorok dalam bilik macam anak kera. Tak kenal, maka tak cinta. Jangan lu pergi bercinta sejenis pula tau. Ini cuma peribahasa.

Lepastu bila dah tahu nama baru la boleh tegur bila terserempak di jalanan. Tak gitu? Yang menjadi masalah bila tak ingat nama. Tapi tak apa, memadai dengan panggilan abang/kak, atau bro/sis, atau lebih indah berserta salam dan senyuman. Itu saja sudah cukup menerbitkan rasa hormat menghormati antara satu sama lain.

Akhir sekali tunjukkan rasa hormat dalam perbualan. Jangan meninggi suara, mengalah bila dimenganjingkan, menerima teguran tanpa muka taik dan tanpa "tapi, tapi," dan juga pandangan slag yang mengundang starlite atau paling kurang cacian dalam hati senior.

Dah. Senang kan?

Nasihat terakhir wa terhadap junior, sedarlah diri anda junior dan berbanggalah menjadi junior. Masuk universiti memang kena smart macam Peter Parker dalam cerita Spiderman atau macam Clark Kent dalam cerita Superman. Nak malu apa. Itu yang masyarakat dan negara kita mahukan. Pedulikan abang-abang dan akak-akak senior yang mencebik bibir bila kita pakai kad matrik, baju masuk dalam, dan rambut pendek kemas belah tepi. Teruskan dengan penampilan tersebut kerana itulah yang seharusnya kita banggakan dan menjadi tauladan dan bukan sebaliknya. They are the one who should be ashamed. Not you juniors. Never.

So, as my seniors have said to me, be yourself, be good to people around you, ease others burden, and nothing will come to you but all the good things. And as humans, admit all the mistakes that we have done, apologize, and try to make things better. With that, i wish you all the best.

Nak nasihat lagi sila pergi baca buku "Universities for Dummies".

Sekian,
salam alaykum.
selamat maju, dan selamat berjaya.

2 comments:

Anonymous said...

like like

Awek cun said...

Jangan lupa slelau belanja abg2 felo