Friday, September 7, 2012

Terima Kasih Tuhan Hari Ini Jumaat 3

Assalamualaikum wrbt.

Kapten Alehaandro meletakkan kopiah putih yang baru dibelinya di masjid tadi ke atas meja telefon. Meja telefon itu seusia dengan Oskar, anak lelakinya yang sulung. Kayu oak. "Made in Kashmir" bisik Kapten Alehaandro kepada kopiah tersebut. "Macam kamu" sambungnya. Kapten Alehaandro mencapai akhbar yang dibacanya pagi tadi, menuju ke dapur mengambil air kopi di dalam peti sejuk, dan terus ke halaman rumah menjatuhkan dirinya, kembali berbaring di atas hammock kegemarannya.

Buletin Luar Negara - Seorang pelajar Jepun...

Mata Kapten Alehaandro buntang setelah membaca tajuk berita tersebut. Berkerut dahinya meneliti font yang semakin hari semakin dirasanya semakin mengecil. Pada masa yang sama, deruan enjin proton saganya kedengaran. Oskar sudah pulang.

"Oskar! ke sini sebentar!" laung Kapten Alehaandro kepada anaknya. "Have you read todays news?"

"Belum, sebab abah baca dari pagi tadi, tak ingat? Why? Apa cerita best?"

"Kalau awak kata belum pun sudah memadai. Ingat anak uncle Farid?"

Darah sepertinya terhenti di muka Oskar. "Well, ya I still remember her. Why?"

"Nah, you read it yourself." kata Kapten Alehaandro.

Buletin Luar Negara - Seorang pelajar Jepun kehilangan kedua ibu bapanya apabila seekor ikan paus yang dibawa ombak taufan Bolavun merempuh chalet percutian mereka di Okinawa. Pelajar tersebut, Suzuki Farid dipercayai...

"Innalillah" kata Oskar. "Abah, nak ke mana?" tanya Oskar apabila melihat Kapten Alehaandro melangkah ke bilik simpan barang.

"Packing" jerit Kapten Alehaandro dari biliknya. "Malam ini kita ke Jepun".

"Eh, abah, are you serious?" laung Oskar.

Kapten Alehaandro tidak menjawab.

"Abah! tiket macam mana?"

Masih tiada jawapan.

"Abah!" jerit Oskar lagi.

Kapten Alehaandro keluar dari biliknya dan menyanyi "don't call my name, don't call my name, Alejandro, Alejandro".

Oskar tidak dapat menyembunyikan tawanya. Matanya yang mengecil ditujukan kepada artikel yang baru dibacanya. Di sudut atas akhbar tersebut Oskar terbaca tarikh akhbar; JUMAAT 3 Ogos 2012.

"Ini, Jumaat minggu lepas!"

Sekian,
salam alaykum.

No comments: