Friday, July 27, 2012

Terima Kasih Tuhan Hari Ini Jumaat

Assalamualaikum wrbt.

Oscar cuba menghidupkan enjin kereta bapanya yang semakin uzur. Proton Saga tahun 1990. Warna hijau. Bumbung hampir separuh dimakan karat. Jika hari hujan, pasti bahu akan merasa sedikit jengkel bila ada titisan air perlahan-lahan menitik ke baju. Side mirror kanan hampir terkopak. Pemandu perlu menunduk sedikit untuk melihat kenderaan dari sisi kanan. Kondisi bahagian-bahagian lain masih elok, masih boleh berfungsi dengan sepatutnya.

"Hendak ke mana kamu Oskar?" Tanya bapanya Kapten Alehaandro memegang akhbar sambil berbaring di atas hammock di halaman rumah.

Oskar diam memandang stereng, masih cuba menghidupkan enjin.

"Apa kamu sudah menjadi tuli?" Tanya bapanya lagi.

Oskar merenung wajah bapanya untuk beberapa ketika, kemudian mengalihkan semula pandangan kepada stereng apabila enjin berjaya dihidupkan.

"Oskar!" Teriak bapanya apabila melihat Oskar cuba beredar dari garaj.

Oskar memperlahankan kenderaan, menoleh ke arah bapanya Kapten Alehaandro dan seraya menyanyi "Don't call my name, dont call my name, Alejandro.. Alejandro.." dan berlalu pergi. Meninggalkan Kapten Alehaandro ketawa berdekah-dekah di atas hammock ala askarnya.

Pada masa itu jam baru menunjukkan pukul 10 pagi. Hari Jumaat.

Sekian.
Salam alaykum.



No comments: