Wednesday, July 25, 2012

Baju Raya untuk ATO

Assalamualaikum wrbt.

Wa harap lu semua sihat dan sejahtera hendaknya. Pagi tadi wa sahur sebiji kurma, separuh botol air mineral dan sebatang rokok sempoerna hijau. Bermakna hari ni wa tak boleh jalan banyak sangat. Cakap pun harus kurang dan seakan berbisik-bisik. Wa rasa sangat romantik bila berkata-kata begitu. Teringat pula cerita-cerita... Eh. Tak elok. Puasa. Astaghfirullah.

Sekarang ni orang dah dok sebok menjual-jual kuih raya, kurma, coklat cadbury 6 ringgit pun ada, kucing, rokok batang, dan berbagai bagai lagi yang berkaitan. Sebagai persiapan raya ni wa belum buat apa-apa lagi. Mungkin minggu ni wa akan cuba rancang warna tema baju raya dengan keluarga wa. Wa ingat tahun ni nak pakai deep orange. Nampak, sensitiviti warna wa pun dah semakin meningkat. Deep orange tu bukan senang orang lelaki nak lafazkan tau. Ade korang kesah? hek eleh.

So, korang punya baju raya warna apa? Nampak, sekali lagi saja wa keluarkan soalan entah dari mana menandakan wa dah tak larat menaip. Sebenarnya wa nak bagitau satu rahsia yang semua orang dah bocorkan. BLOG WA DAH PAKAI DAH TEMPLATE RAYA DIA! hih hih hih. Adoi! Baru beli dah pakai. Raya lagi 25 hari tau! Oklah! Nak posing depan cermin!

Sekian! salam alaykum.


2 comments:

Ahcunnya ahchoom ahchoom said...

Wa punya baju raya warna merah menyala sampai power ranger merah pun takut nak tiru wa. Pastikan lu juga jangan tiru wa.. Rawrrr garang sangat wa lu wa lu wakluuu

mOUSEy said...

Merah wa dah ada. Nanti raya jemput la datang rumah.