Tuesday, July 10, 2012

Pustakawan dan Harapan Umat Manusia

Assalamualaikum wrbt.

"Sabariah tak mahu melukakan hati Mouse Selamat." kata Sabariah, sebak.
"Mouse Selamat? Siapa dia Mouse Selamat? Loyar? Majistret?" tanya ibunya, mendesak untuk jawapan.
Sabariah geleng kepala. "Pustakawan" jawab Sabariah, ringkas.
"Pustakawan?? Memang panthang datuk nenek aku Pustakawan. Anak tidak mengenang jhasa." bentak ibunya. Tangannya diayun dari paras dada ke pinggang memukul angin yang tidak berdosa. Kecewa bercampur marah. 

Sekarang ini di e-mail kerja-kerja rasmi aku ada satu isu tentang pustakawan yang tiada sifat membaca, tiada sifat mahu menggalakkan orang membaca, tiada sifat mahu melestarikan budaya membaca dan isu-isu yang setara dengannya.

Isu semudah itu boleh membuat mereka memberi reaksi dan retorik yang jauh terkeluar daripada konteks yang saya perkatakan dalam entri tersebut. (Sebab itulah, orang tua-tua ada menyebut, kalau tidak pasti hujung ataupun pangkal, usah menyampuk. Inilah akibatnya.)

Sebagai penulis, saya harus banyak membaca. Kalau pustakawan enggan membaca, apa yang saya boleh buat. Tetapi, yang penting saya sendiri harus banyak membaca. Untuk membaca, bukan semua buku dapat saya beli. Ada buku yang sudah tidak dicetak ataupun dijual lagi. Lantas saya harus dapatkan dari perpustakaan. Itupun, kalau pustakawan yang berkenaan dapat mencarinya.

Pada saya merekalah pustakawan sejati yang tahu apa yang ada dalam perpustakaan masing-masing, tahu di mana buku-buku dan maklumat boleh diperoleh, malah membantu dalam segala segi walaupun ada sebahagiannya tidak tertakluk di dalam bidang tugas mereka, seperti membelikan buku-buku bagi pihak saya. 

Ya, memang ada perpustakaan yang menawarkan penjualan buku-buku tertentu terbitan perpustakaan tersebut. Jadi, komen sesetengah pustakawan yang menolak bahawa pustakawan sekadar mengurus buku dan maklumat ataupun sekadar gatekeeper itu – ertinya pustakawan tersebut masih belum berpeluang melihat perpustakaan di tempat-tempat lain yang jauh lebih maju. 

Saya juga tahu apakah bidang tugas pustakawan tanpa perlu disenaraikan semuanya di blog ini. Tetapi eloklah juga kepada komen yang menyenaraikan tugas pustakawan, pasti ada pembaca blog ini yang baru tahu setelah membacanya di sini! 

Pun, saya sedih dengan komen salah seorang yang bersuara bagi pihak pustakawan (atau mungkin juga dia seorang pustakawan) yang berbangga bahawa pustakawan tidak ada kena mengena dengan istilah ‘pencinta buku’, dia sekadar information gatekeeper. Jadi, dalam bahasa yang lebih mudah, pustakawan dari jenis ini seperti menjaga batu-bata yang membentuk sebuah tembok yang tiada makna! 

Saya tahu perpustakaan ada bajet khusus untuk membuat pembelian begini. Kalau tidak pun, bajet itu tentu sahaja akan dihabiskan dengan jamuan, dan paling menjengkelkan, wang itu dihabiskan untuk pertandingan yang tidak bersifat ilmiah seperti pertandingan karaoke yang pernah berlaku dalam satu majlis ala-ala karnival membaca!

Aku sendiri sesak dada bila membaca tulisan yang memperkatakan isu sedemikian. Kerongkong meronta ingin bersuara. Peti suara seakan empangan yang retak menunggu pecah. Ego yang selama ini aku kecilkan seperti sengaja dipijak dan disimbah air longkang.

Aku mempersoalkan keadilan dan hak.

Aku rasa tidak adil entri itu menyebut 'pustakawan' secara umum hanya kerana pengarang itu mahu membela dirinya. Kemudian, apa pula hak yang ada pada pengarang itu yang membolehkan dia menerbitkan persepsi negatif tentang profesyen pustakawan? Apa karier pengarang lebih mulia? 

'Pustakawan Tidak Membaca' mungkin menarik dijadikan judul sesebuah karangan. Penuh ironi dan sindiran. 'Catchy'. Mengundang senyum sinis. Namun, tiada yang pelik mengenainya. Penulis, pengarang, loyar, majistret, ahli muzik, pustakawan, popular, belakang tabir, kita semua manusia biasa. Sifat manusia itu juga lain-lain. Begitu juga minatnya.

Sebenarnya banyak lagi tulisan penulis dan pengarang ini yang tidak mampu aku copy paste. Secara tepatnya, semua tulisannya memberi impak sebegini.

Marah. Terkesan.

Namun, setelah memberi sedikit masa untuk aku berfikir sejenak, marah pun tiada gunanya. Membentak meja pun tiada ertinya. Membalas entrinya juga tiada akan memberi hasil. Aku pernah terfikir untuk memberi ulasan, tapi mungkin akan memuaskan hati untuk sekadar sementara. Tidak mahu pula aku membinasakan sistem pemikiran para pemikir yang searus dengan pengarang itu. Pengarang, memang bijak bermain dengan perkataan. Tidak aku nafikan.

Mungkin pengarang itu tidak sedar, tulisannya menyentuh semua yang bergelar pustakawan. (yang membaca) Entah berapa ramai agaknya. Di Malaysia sahaja ada 14 negeri. Setiap negeri pula pastinya ada sekurang-kurangnya satu perpustakaan. Universiti juga ada lebih dari sepuluh. Setiap universiti pula wajibnya ada sebuah perpustakaan. Entah berapa ramai pustakawan agaknya telah dinodai oleh pengarang tersebut. Tapi mungkin tulisannya itu hanya ditujukan kepada seorang pustakawan di satu perpustakaan sahaja, bukan semuanya. (positif)

Logik bukan? Tidak mungkin pengarang tersebut mahu mengishtiharkan perang kepada seluruh umat bergelar pustakawan. Tidak mungkin dia tidak berpuas hati kepada aku yang tidak pernah memberi perkhidmatan kepadanya. Pada aku pengarang cuma menuliskan pengalamannya dan juga rakannya yang aku rasa agak pahit. Timbul rasa kasihan. Persepsi pengarang kepada pustakawan dan perpustakaan masih di takuk yang lama. (sedangkan pustakawan dan perpustakaan telah banyak berubah). Atau mungkin entri pengarang tersebut diterbitkan pada tahun 2008. (pada masa kini mungkin persepsinya telah berubah)

Mungkin juga pengarang tersebut terlatah akibat komen-komen dan maklumbalas dengan HURUF BESAR yang diterima, lalu terbitlah sebuah demi sebuah entri yang tiba-tiba seakan menjurus kepada semua pustakawan. Tidak. Pengarang tidak bermaksud untuk menyakiti sesiapa. (positif) Pengarang juga manusia biasa yang mempunyai perasaan. Dia tidak terkecuali dari perasaan ingin memberontak dan mempertahan kenyataan yang dia sendiri keluarkan. Lagipun dia seorang pengarang yang agak ternama, mana mungkin dibiarkan entrinya dibahas tanpa dibalas. Mana mungkin seorang pustakawan mempunyai idea penulisan yang lebih tajam dari dia. Pustakawan, heh.

Mungkin pula dia bukan sengaja mahu memandang rendah pustakawan. Cuma mungkin memang sudah pantang datuk neneknya. Aku rasa begitu ceritanya yang paling tepat. 

Sekian,
salam alaykum.

5 comments:

pustakawan utara said...

Aku rase cm nk serang pengarang tersebut pakai samurai....

Anonymous said...

aku rasa macam nak hilangkan buku-buku karangan pengarang dari rak.

Anonymous said...

bengang2

rosnah yusof said...

yang komen komen tu dah buat kajian mendalam ke? Atau tak pernah masuk library.....? Mari lah bersua muka dgn pustakawan.

Anonymous said...

tu diaa.. pustakawan semua dah mai dah.. jom kita mohon Pengerusi PPM jawab isu ni.. (^^)