Friday, July 6, 2012

Burung Biru (Bukan Cerita XXX)

Assalamualaikum wrbt.

Sekarang ni kalau lu orang perasan. Bukan perasan yang macam bila korang kata "aku rasa gegirl tu pandang aku la" lepas tu kawan korang mencelah "eleh perasan". Bukan, bukan perasan yang itu.

Perasan yang wa maksudkan ni adalah bermaksud sedar akan berlakunya sesuatu. Ahah. (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perasan)

Jadi, kalau korang perasan, wa dah lama tak update status facebook. Eceh, korang kan selalu stalk FB wa kan, tak kan tak perasan. Takkan tengok gambar je. Ehem ehem. Ok, itu contoh perasan yang lagi satu.

Lupakan ertikata perasan tu seketika. Hari ni wa nak lu orang semua guna salah satu perisian web 2.0. Ye, twitter a.k.a burung biru (bukan cerita xxx).

Walaupun lu orang dah tahu lama, dan selalu tweet. Tapi wa peduli apa. Wa rasa ajakan secara rasmi seperti ini perlu untuk memeriahkan lagi kehidupan virtual kita yang semakin tidak kukuh. Ramai yang sudah menyedari akan kekhayalan alam maya ini dan sudah mula membeli frisbee untuk dimainkan bersama rakan-rakan. Atau mungkin sudah ramai kawan-kawan wa yang dah mula simpan lagak orang dewasa. Wa tak suka.

Justeru, wa menjemput rakan-rakan semua menyertai tweeter agar mudah wa terhibur dengan berita-berita hangat dan lebih bagus lagi, drama-drama percintaan yang penuh dengan kata-kata hikmah, sebagai pemangkin minat dan penyuntik semangat untuk kita semua kembali ke alam maya. Lupakan rakan-rakan kita di padang mahupun gelanggang futsal! Mereka berpeluh dan berbau! Mereka suka mengelak di saat hendak membayar air di kedai mamak! Pergi lepak sama-sama tapi bayar asing-asing, ape kejadahnye! Aha.

Akhir kata, follow me beybeh, https://twitter.com/syamrooz search @syamrooz.
oh, lagi satu ni member wa minta follow juga >>> @haifendi.

Sekian, salam alaykum.

2 comments:

Cik Katak said...

Twitter sy taknak promote ke?

mOUSEy said...

Alamak, ok la. Leave your username here. ;p