Tuesday, December 13, 2011

Edward Cullen vs Haris Dollah

Assalamualaikum wrbt.

Minggu lepas cuti panjang.

Ok la, tak la panjang mana.
3 hari je.

Semua itu terima kasih kepada Sultan Selangor kerana memberi cuti sempena hari ulangtahun kelahiran baginda. Semoga tuanku panjang umur. Amin.

Maka, sempena menyambut ulangtahun kelahiran Sultan Selangor, gua telah menonton dua buah filem.
Mula-mula gua tengok cerita The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1, hari Jumaat, malam. Lepas tu gua tengok Ombak Rindu, Isnin, malam.

Satu filem kelahiran Malaysia, satu lagi kelahiran Amerika. Dua-dua diadaptasi dari novel. Dua-dua dari penulis wanita. Satu oleh Fauziah Ashari dan satu lagi oleh Stephenie Meyer.

Nah.
Cukup pasal asal usul kelahiran.

Sekarang terus kepada tajuk perkara. (sory gua malas nak review sebab gua lapar, gua nak lincah pergi makan)

Gua tanak cite pasal watak-watak yang lain. Gua nak focus pasal Edward dengan Haris je. Ok? Tak? Ok? tak? ok? tak? (mesti korang tengah berkerut dahi kan time baca soalan retork ni, hah hah hah)

Edward ni, buat pengetahuan korang, dah hidup beberapa ratus tahun. Manakala Haris dalam lingkungan umur nak masuk 30-an, (aku agak-agak je la malas nak cari info).

Dua-dua adalah lelaki normal, yakni dari segi mempunyai keinginan dan nafsu untuk beraksi ranjang bersama wanita.

Berdasarkan tajuk di atas, siapakah yang menang?





Jawapan gua adalah Haris. Mengapa? kerana dengan umurnya yang umpama fetus kepada Edward, dia lebih bijak merancang keluarga. Menggunakan cara yang selamat, serta mempunyai keazaman dan iltizam yang tinggi. HAHAHAAHAHHAHAHA.

Maka, secara kesimpulan, hidup beratus tahun, tidak mampu menandingi pengalaman beberapa tahun.

Sekian, berehat sebentar untuk makan pagi.
Salam alaykum.




No comments: