Friday, October 21, 2011

REAL MARRIED (0) vs BACHELORNA (3)

Mouserard (memakai jersi nombor lapan) menjulang piala kejohanan.

BANGI - Satu perlawanan bolasepak telah berlangsung pada lewat petang semalam. Perlawanan tersebut melibatkan ahli-ahli kaki rembat PTSL yang tekun berlatih sehingga kadang-kadang terlepas solat maghrib pada sekian-sekian hari. 

Perlawanan antara pasukan kelamin, Real Married dan pasukan bujang, Bachelorna itu telah berakhir dengan pasukan Bachelorna menang bergaya 3 berbalas 0 tidak berbalas. 

Ijal Pedro telah menyumbat gol pertama Bachelorna pada minit-minit akhir separuh masa pertama selepas berhempas pulas cuba menewaskan pemain bintang pertahanan Real Married; Mohainicelo dan Falipe.


Gol kedua Bachelorna dijaringkan oleh Daniel Acap menerusi sepakan melambung dari luar kotak penalti. Bola yang melambung-lambung itu gagal ditangkap kemas penjaga gol Real Married, Zakirlas.


Andres Fakrulsta memastikan kemenangan bergaya pasukan Bachelorna dengan menyumbat masuk gol ketiga menerusi rembatan sederhana kencang dan sederhana tinggi melalui sudut sukar tiang gol sebelah kanan.


Penjaga gol Bachelorna, Afiqtor Valdes juga mempamerkan aksi hebat apabila menggagalkan sepakan penalti pemain baru Real Married, Encik Mohd Hanif. Beliau juga telah menyelamatkan 6 cubaan dari pihak lawan. Kehebatan beliau itu telah diteliti oleh pengurus pasukan Real Married dan mungkin pada tahun hadapan beliau akan melakukan perpindahan percuma ke pasukan Real Married. *perpindahan sahaja percuma, kahwin bayar sendiri.


Piala pusingan telah disampaikan oleh Mrs Hafsah Mohd, peminat pasukan bolasepak Johor. Perlawanan berakhir dengan pasukan Bachelorna mempunyai hak untuk mengutuk pasukan Real Married sepanjang tahun sehingga perlawanan kali berikutnya, dan pasukan Real Married dibenarkan melawan; tapi kalau kena kutuk sampai berdarah telinga baik duduk diam je la. -takbernama










1 comment:

Anonymous said...

hahahahaha... bleh jd pemberita nie.. hebat2...