Tuesday, October 4, 2011

Jangkaan Pundit Kawasan Seremban, Bangi, Seri Kembangan

Jangan buat-buat terkejut dengan tajuk yang lebih panjang dari biasa ni. Gua tanduk kepala lu orang karang.

Sabtu depan team Raja Persia akan lawan team Setan Merah. Gua tau la awal lagi nak cerita pasal ni. Tapi kalau gua tak tulis sekarang mesti gua lupa nanti.

Maka, berikut adalah beberapa jangkaan gua yang boleh jadi akan terjadi. (Sikit lidah puting beliung nak sebut.)

1. Liverpool menang 3-1
2. Ulang yang atas.
3. Ulang yang atas kepada atas.

Gua rasa yakin sebab firasat gua kuat mengatakan bahawa beberapa key player Setan Merah akan injured dalam minggu ni. Rooney akan tergolek sebab terpijak pisang semasa pergi beli burger dengan Ramly.

Tapi budak-budak tim Setan Merah yang lain pun bukan calang-calang.

Aku harap King Kenny akan lebih realistik dan tidak terlalu mengharap kepada keajaiban semangat muda seperti tim Meriam.

Kalau harapkan semangat baik King Kenny je yang turun padang. Gua bukan tak gemarkan lu King Kenny. Tapi bak kata lu yang lu amik dari Bob Paisley, "there is no player bigger than the club". Gua cadangkan lu buat satu pepatah yang berbunyi "there is no manager bigger than the club".

Gua harap lu sedar cepat sikit. Gua bagi lu seminggu je lagi untuk turunkan kesebelasan utama yang boleh menjadi ancaman kepada budak-budak Setan Merah.

Kalau lu tak sedar jugak, gua mungkin akan bomohkan lu jadi botak macam pepe reina.
Boleh la lu ganti dia jadi goalie dan skor satu gol dari gawang gol sendiri untuk tim Raja Persia.

Kenny, kalaulah lu boleh faham ape gua tulis..

Sekian. Terima kasih. YNWA.


No comments: