Saturday, October 1, 2011

Gugurnya Seorang Pejuang

Beliau adalah seorang pejuang. Pagi semalam lebih kurang jam sepuluh pagi, dalam perjalanan untuk makan di luar bersama-sama rakan seperjuangan, beliau tergolek. Beliau tergolek gaya seorang pejuang sedang duduk antara dua sujud. Beliau tak pura-pura pengsan macam biasa orang buat lepas tergolek. Beliau tak pula terus sujud seperti yang biasa dilakukan selepas duduk di antara dua sujud. Beliau bangun, menyapu habuk di lutut dan meneruskan perjalanan. Beliau jalan terhencot-hencot. Pergelangan kaki beliau terseliuh. Kini pada jam hampir 4 pagi, beliau tidak dapat lena. Kaki beliau meronta-ronta meminta seorang masus. Beliau tidak mempedulikan rayuan kaki beliau dan terus menulis catatan ini. Ye, beliau tu adalah gua. Pagi tadi gua tergolek dekat tangga yang nak pergi tingkat enam tempat gua keje. Sekarang gua tak boleh tidur sebab sakit kaki. Gua nak salahkan tangga. Sebab pilihan yang ada cuma gua dan tangga. Takkan gua nak salahkan diri sendiri. Jadi, si tangga, lu yang salah dalam hal ni. Gua benci lu.

Sekian. Selamat malam. Salam alaykum.


2 comments:

dhum.dahij said...

perangai lu dari dulu smpai skrg x berubah...bawak2 tobat la mouse...hehehh

Anonymous said...

haha.. perangai ni baru laa..