Friday, August 5, 2011

Mohd Chan Abdullah dan Saudagar Minyak Kuwait

Assalamualaikum wrbt.



Khamis 4 Julai 2011 - Beberapa saudagar minyak telah berhenti untuk berbuka puasa di Restoran Makanan Cina Muslim, Mohd Chan Abdullah di Bandar Baru Bangi.


Mereka (saudagar-saudagar minyak) telah mendapat layanan khas dari saudara Chan. Layanan sungguh istimewa kerana saudara Chan sendiri yang masak sebelah meja mereka (saudagar-saudagar minyak)

Dari kiri, Sheikh Shahrin Al-Aie, Sheikh Shah Ab Baker dan Chan, just Chan.
Saudara Chan yang prihatin kepada perokok tegar.
Sementara menunggu saudara Chan siap masak untuk berbuka, saudagar-saudagar telah memeterai satu perjanjian seperti perjanjian botherhood abang long abang long sebelah Cina sana. Mereka telah berikrar dan berjanji untuk tidak memungkiri janji seperti yang lazim dilakukan oleh saudagar-saudagar minyak yang lain.

Dari kiri; Sheikh Al-Syams Al-Abqori, Sheikh Akhmal Al-Zaimidan Eric, just Eric.
"Berjanji Tidak Dimungkiri"

Setelah makan dengan kenyang dan sendawa beberapa kali dengan kuat, saudagar-saudagar minyak tersebut telah mengambil gambar sebagai tanda persetujuan semua pihak, untuk membayar harga makanan secara kongsi-kongsi.

Dari kiri : Sheikh Shah Ab Baker, Sheikh Al-Syams Al-Abqori, Sheikh Sharin Al-Aie, Sheikh Akhmal Al-Zaimi dan Eric.
Sorang 20 ringgit.
Setelah menjamu selera berbuka puasa, mereka (saudagar-saudagar minyak) telah pergi ke Bilik Video Konferen. bernama Malaysia Idol bagi meneruskan perbincangan mengenai bisnes minyak mereka.

Sesi perbualan menerusi video yang agak panas seketika.
Walaubagaimanapun, setelah bertukar-tukar pandangan dan pendapat, persetujuan pun tercapai. Sekali lagi upacara mengikat perjanjian dirakamkan.

"Berjanji Tidak Dimungkiri"
Beberapa Sheikh telah membuat solat sunat bagi melancarkan perjalanan perniagaan mereka di masa akan datang, sekali dengan sujud syukur.


Setelah perkara mengenai bisnes minyak selesai. Mereka meneruskan malam dengan bersantai. Berikut merupakan beberapa aksi mereka yang sempat dirakamkan oleh Wan Warta. Minuman malam itu ditaja oleh Barbican Drink, Non-Alcoholic Malt.


Sekian,
Salam alaykum


2 comments:

Unknown said...

ngok ngek gila pegi karoke pakai jubah! hahahahahaha. lawak la korang. kekekekek.

Anonymous said...

Ini sume cakap ngn mak pergi tarawih la ni.. bijak..