Saturday, August 6, 2011

Harry Potter and Mousey Puasa

Assalamualaikum wrbt.

6 Mawar 1998, KLIA
Dulu masa sekolah rendah, darjah 3 kalau tak silap aku. 3 Raya.
Ada satu hari, cikgu bagi satu senarai.
Dalam senarai tu ada tajuk-tajuk buku dengan harga sekali.
Cikgu kata, esok ada orang jual buku datang sekolah, 
tunjuk senarai kat mak, mintak duit kalau nak beli.

Kenapa kalau mintak duit mesti kat mak?
.
.
.
(malas nak fikir.. teruskan cerita..)

Balik rumah, aku pun tunjuk senarai tu kat mama.
Lepas aku jelaskan semua, mama bagi aku 5 ringgit.
"Yes!" kata aku.
Aku gembira sebab buku yang aku nak beli tu 2 ringgit je.
Boleh la aku beli aiskerim lebih sikit bila balik sekolah esok.
he he he.

Esoknya seperti yang dijanjikan, penjual buku datang.
6 meja kantin sekolah kena korban jadi tempat pameran dan jualan
Ikhwan Nisfu kecik hati sebab tak dapat makan dekat meja.
Mohd Hafidz pun sama memberontak.

Aku tak pedulik. Aku bawak keluar senarai buku dari poket seluar.
Aku tunjuk kat abang jual buku yang sedang sibuk kira duit.
"Bang, nak buku ni, Kata-kata Hikmat", kata aku.
Abang yang kira duit tu campak satu buku kat aku.
'Kata-kata Hikmat'

Aku dah gelabah, aku dah gigil tak tau nak buat apa dengan buku tu.
Aku rasa semua impian aku akan tercapai lepas ni.
Aku akan dapat nombor satu la dalam kelas macam selalu aku buat masa darjah dua. 
"Yes!". (Masa darjah 3 siapa reti cakap orang putih barang sepatah pun kira dah kool)
Mama pun dah tak boleh sebat aku dengan hanger kalau aku pergi main dekat sungai Blok C.
"Yes!"

Aku pun selak buku tu.
"Tiada kejayaan tanpa usaha"
Aku baca lagi
"Ilmu seluas lautan tiada berguna jika tiada beramal"
Aku selak, baca, selak, baca.

Ini bukan buku yang aku impikan sebelum tidur semalam.
Semalam aku bayangkan buku ni ada bunyi macam
"abra-kadabra jadi pisang!"
atau
"kepol-kepol keluar asap, kepol-kepol keluar jawapan periksa!"

Aku tak puas hati, aku letak balik buku tu.
Aku pusing cari abang lain.
Aku tunjuk senarai, "Bang, buku Kata-kata Hikmat ada?"
Abang tu pun bagi aku buku sama.

Hari tu aku rasa macam sudah kena tipu.
Harapan aku nak dapat nombor satu punah.
Angan-angan nak mengorat budak kelas 3 Mawar pakai magic berkecai.

Dulu masa sekolah rendah, darjah 3 kalau tak silap aku. 3 Raya.
Ada satu hari orang datang jual buku, aku belanja kawan-kawan aiskerim banyak-banyak.
Oh lupa, aku ada beli buku tajuk ''Abu Nawas yang cerdik'' berharga 1 ringgit.
Supaya mama tak sedar dia dah kena kelepet.

Aku sebenarnya baru je lepas layan Harry Potter and The Deathly Hallows part 1 and 2.
Saja isi masa sementara tunggu azan.
Best kan ada magic wand.
Boleh tukar air teh o jadi cendol.

Sekian
Salam Ramadhan.




4 comments:

kelasmatezamansekren said...

oooowwhhh menipu je keje kau eh syam...

Ai3n Ameen said...

rindu plak zaman skola rendah dolu .

ko dlu suke ggt straw kn syam ? haha .

mOUSEy said...

kelasmate: aku tak perlu tipu sebab mak aku tak tanya.

aien: skarang pun suke je.. haha

aku la.. said...

aku ade dlam gambar di atas...