Friday, August 12, 2011

Cassia, dari Shanghai

Assalamualaikum wrbt.



Sudah hampir 3 jam Huang Yu menanti di luar pintu gerbang itu.
Cassia masih belum keluar.

1 minggu lepas.

"Aku masih tidak faham mengapa kau sanggup pergi dengan wanita lain!"
Tempik Cassia.

"Tidak cukup cantikkah wanita yang di depan mata kau ini?,
penyanyi opera paling popular dan paling jelita di seluruh Shanghai!"
Jerit Cassia lagi. Akhbar Shanghai Today dicampak ke lantai, muka Cassia terpampang besar di muka hadapan akhbar tersebut, 'Cassia the Empress'.

"Apa yang kau terjerit-jerit ni?"
marah Huang Yu.

"Wanita itu adalah mama aku!?"
sambung Huang Yu, tidak dapat bersabar.

"Apa? mama kau? kenapa kau tidak memberitahu aku lebih awal?!,"
pekik Cassia, menghempas pintu dan pergi.

Seminggu selepas itu, hari ini.

Cassia keluar dari pintu gerbang itu seperti seekor pheonix di kalangan naga.
Kelibat wanita paling jelita di Shanghai itu pasti menusuk jantung sesiapa yang melihat.
Huang Yu, ketua Brotherhood Shanghai juga tidak terkecuali.
Hari ini Huang Yu akan memujuk Cassia yang masih malu hendak bersua muka.
Hari ini Huang Yu akan mengajak Cassia berbuka puasa bersama ibunya,
walaupun Huang Yu tahu, hari ini, Cassia tak puasa.

Sekian,
terima kasih.