Friday, July 1, 2011

Ustadz Haji Mouse Al-Abqori : Travelog

Assalamualaikum wrbt.

Taken from http://rahsiaanggun.com/index.php?main_page=product_info&cPath=6_52&products_id=151

DISCLAIMER: NAMA-NAMA DALAM NI SEMUA REKAAN SEBAB ANA LUPA NAMA MEREKA. SEKIAN, JANGAN MARAH.


Ana baru lepas minum air. 
Masa minum air tadi ana teringat satu kisah.
Ana rasa nak kongsi dengan sahabat dan para pembaca.
Sebagai satu pengalaman mungkin.

Dulu masa ana di Guangzhou, ana menginap di sebuah hotel.
(takkan tiba-tiba ana ada saudara di Guangzhou, kan?)
Pada malamnya, kerana tiada saudara mara di Cina,
maka ana terpaksalah keluar seorangan, 
mencari sesuatu untuk menghilangkan rasa bosan 
dan mencari rasa mengantuk yang hilang.

Keluar sahaja dari bilik hotel, 
ana terdengar gelak tawa dan perbualan yang cukup menyenangkan hati ana.
Ini kerana ana faham pertuturan tersebut, Bahasa Inggeris.
Ana berkata dalam hati "ouh, at last there's people who i can talk with"
(sebenarnye lebih kepada > "hah! ado pun oghang buleh cakap omputeh!)
Maka ana dengan pantas menuju ke bilik tersebut, yang pintunya seakan sengaja dibiar terbuka.

Di dalam bilik tersebut ada 2 orang lelaki India dan seorang lelaki Cina.
Lagak mereka seperti orang-orang awal tiga puluhan yang gatal.
Masing-masing memegang rokok.
Di atas meja tersedia sebotol arak jenama Jack Daniels, 
yang suku daripadanya telah kosong.

"Hello"
kata ana, sedikit gemuruh.

"Hye, come in, have a seat, where are you from?"
tanya seorang lelaki India.

"Im from Malaysia, u guys can call me Syam"
jawab ana seraya melabuhkan punggung ke kerusi empuk bilik hotel itu.

"Syam?, so u are a muslim?"
tanya India tersebut.

"Yeah, I am"
jawab aku

"Well, were muslim too"
jawab lelaki India (now should be India muslim lah kan) itu.

"Im Mohamad, this is my brother Hussein, and this is our partner Chan"
jelas Mohamad.

"Want a drink?, hey Hussein pour him a glass"
kata Mohamad kepada Hussein.

"No, no it's ok. I don't drink"
kata aku cemas.

"You dont drink?"
curious si Hussein

"Haha, yup, sorry to dissapoint you guys"
kata ana berseloroh dalam suasana yang agak janggal

"You dont drink? so u are a real muslim? a pure one?"
tanya Mohamad seakan pelik.

"Well, not like that. There are things i didn't felt like doing. 
But if u see muslim who don't drink as pure muslim than i am one of them pure muslim."
jawab ana lagi, dengan sedikit sengih.

Mereka semua tertawa mendengar penjelasan ana.

"A pure muslim?? How about girls?, slept with any?"
tanya Hussein pula.

Tiba-tiba muncul satu kelibat manusia yang ana kenal.
Rupanya boss ana yang datang menjengah.
Perbualan itu terhenti kerana mereka meneruskan topik lain.
Topik-topik lazim, 
yang berhiaskan soalan-soalan lazim seperti apa tujuan ke Cina, 
dari mana asal negaranya, 
di mana tempat ini dan di mana tempat itu.

Selesai berjabat tangan, ana dan boss beredar ke tempat lain.
Mencari makanan halal di negara jiran.

Sepanjang perjalanan tiada lain yang bermain di fikiran.
Pertanyaan Mohammad dan Hussin sungguh mengganggu.

"A PURE MUSLIM?"

Secara peribadi. Ana berpendapat, semua muslim itu adalah muslim.
Muslim selagi dia tidak keluar dari agama Islam, 
atau seorang itu adalah perempuan kerana kita tidak memanggil wanita muslim tetapi muslimah.
Persoalan sebenarnya mungkin 

"WHAT KIND OF MUSLIM ARE YOU?"

Sekian,
Salam alaykum

*tidak semua kurma itu manis





6 comments:

Fana Hadi said...

bagus nya renungan untuk hari ini.

soalan akhir Hussein tak jawab. :P

Anonymous said...

tak sempat nak jawab.. but obviously jawapan itu tidak perlu dijawab kerana sudah diketahui jawapannya.. kan?

Ai3n Ameen said...

sesuatu yg bagus utk di renungkan pada petang jumaat . boleh saya share dengan rakan2 .

malangnye saya bukanlah org pertame utk komen anda hr ni . hee .

Anonymous said...

tak la malang sangat.. biase2 sahaja... haha

Fana Hadi said...

sudah diketahui jawapan nya? jangan tinggal kan tanda tanya dengan tanda tanya. nanti tinggal kan 'assumption'

and ppl assumptions arent always the good one. hehehe.

Anonymous said...

hahaha.. biarkan spekulasi menerjah ladang akal.. aichehh!