Monday, July 4, 2011

Manga Fevret Mouse

Assalamualaikum wrbt.



Sememang dalam kehidupan kita penuh dengan tekanan.
Tidak kira tekanan perasaan mahupun tekanan graviti, tekanan itu,
tidak dapat dinafikan keberadaannya.

Justeru, antara lain sifat manusia itu adalah menghiburkan hati.
Maka tiada lain lebih baik bagi mengisi kekosongan hati adalah dengan membaca.
Tiada menjadi hal, sebarang bacaan juga membawa manfaat.

Berikut ingin hamba kongsi-langsi-kan beberapa tajuk manga,
iaitu berupa komik hasil lukisan tangan dari negara mentari terbit, Jepun.
Amat baik sekali diamati konsep, idea dan diteliti lukisannya yang asli.

Bagi yang meminati kesah-kesah yang sangat tidak logik dan berimaginasi terlampau,
seyogia membaca manga di bawah.

Naruto
Bleach
Gantz
One Piece
Hunter X Hunter

Kepada yang meminati cerita-cerita lawan sesama manusia, 
amat digalakkan membaca manga berikut.

Tough
Hajime No Ippo
The Breaker
The Breaker : New Wave
Vagabond

Bagi yang meminati kisah-kisah pengalaman dalam pekerjaan dan kehidupan harian,
maka bolehlah meninjau peradaban manusia melalui tajuk-tajuk di bawah ini.

Kokou No Hito
GTO
GTO : Shonan 14 Days

Semoga dengan pembacaan ringan seperti ini,
maka diharap tabiat membaca dapat tumbuh seiring dengan rambut hitam/beruban kita,
atau kuku yang seringkali dipotong pada setiap Jumaat.

Semoga dengan ini juga, segala tekanan dapat dikurangkan.
Hanya pesanan hamba agar kita semua tidak berlebih-lebihan.
Tidaklah molek membaca manga sewaktu bekerja, 
atau terlalu taksub meniru aksi watak-watak dalam manga tersebut.

Sekian sahaja, hamba akhiri dengan serangkap pantun;

Tajam kerisnya biduanda Melaka,
Diberi makan asap kemenyan.
Tajam matanya membaca manga,
Bukankah dia kakitangan kerajaan?

Sekian sekali lagi,
Salam alaykum.

*lupa, ni link nak baca komik-komik tuuuu!
http://mangastream.com/
http://www.mangareader.net/
sayonara kawaii!


2 comments:

Piyush said...

Thanks for your information..

Fmovies Proxy

Unknown said...

Amazong information....

Tricksedge