Thursday, July 21, 2011

Chelsea : Sebuah Sketsa

Assalamualaikum wrbt.

Here they come now, see them run now, here they come now, Chelsea girls..
-Nico-

"Ayah kita kata, kalau keluar musim sejuk ni, boleh mati beku"
Kata Chelsea kepada Marissa

"Ayah kamu memang suka berjenaka. 
Pernah dia kata kalau keluar musim panas, baju boleh terbakar."
balas Marissa kepada Chelsea, dengan senyum yang mekar.

"Hurm, mungkin, tapi tidak mengapakah kita keluar?"
tanya Chelsea bersungguh.

"Apa-apa pun kita mesti pergi ke stadium!"
tegas Marissa.

"Saya mahu melihat pemain nombor sembilan itu"
sambung Marissa lagi.

"Fernando Torres?!"
bisik Chelsea, dalam acuh tak acuh.

"Siapa lagi Chelsea.. siapa lagi kalau bukan dia.."
Jawab Marissa, melompat dan berpusing seperti seorang ballerina.

"Saya pun mahu melihat dia.. Si Nombor Sembilan.."
kata Chelsea, diiring tawa kecil.

"Marilah Chelsea, apa lagi yang kamu tunggu, kita harus cepat. 
Kita perlu tiba sebelum salju merimbun."
pujuk Marissa.

"Hehe.."
gelak Chelsea

"Ya, teman lelaki awak Mr. Torres itu,
 pasti sedang menunggu awak di pintu masuk stadium."
sambung Chelsea mengusik

"Ahh awak ni, sama seperti ayah awak, suka mengusik"
rajuk Marissa

"Tapi Marissa, umur kita baru tujuh tahun,
apa tidak terlalu awal untuk semua ini..?"
tanya Chelsea

"Tiada yang terlalu muda, atau terlalu tua untuk mencapai impian Chelsea."
jawab Marissa

"Awhhh!"
jerit Chelsea

"Awh!"
jerit Marissa pula

Ibu Chelsea menarik tangan kedua anak kecil itu masuk ke rumah.

"Bagus sekali ungkapan kamu Marissa, 
sayangnya kami orang-orang tua,
masih belum gila untuk mebiarkan kamu berdua menjadi gila di usia begini"
kata ibu Chelsea.

Ayah Chelsea hanya tertawa sehingga merah padam mukanya.

Petang itu, dua kanak-kanak itu hanya duduk di rumah sahaja.
Mengintai putera menawan, dari belakang kaca televisyen.


*Dalam ingatan Marissa dan Chelsea,kanak-kanak dari Edith Grove


No comments: