Friday, June 10, 2011

SERGAH!

Assalamualaikum wrbt.

Rapat-rapatkan saf!

Dulu masa diploma kat Segamat,
Ramai orang malas semayang Jumaat.

Satu hari masa tengah baring-baring dengar khutbah dari dalam bilik,
ada bunyi riuh rendah, macam ada rombongan kawen.

Berpuluh wanita berpangkat mak dan makcik menjerit-jerit.
"Bukak pintu! kenapa tak pergi semayang??"
Seriau.

Pintu bilik Abdul Sipao kena terajang,
Ahmad Jobi, Ab. Badul tersipu-sipu keluar dari bilik air.
Mohd Marke Tejo sempat lari
Din Tirok paling fashionista,
pakai kemeja, kain pelekat, songkok hitam.

Dulu masa diploma kat Segamat.
Ada satu Jumaat, semua orang pergi semayang Jumaat.


Sekian
Salam alaykum


“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri


No comments: