Friday, January 28, 2011

Dah Tak Fun (DTF)

Salam penalti pembuka bicara
Gitar karan jenama gibson
Bila takde benda nak cerita
Enak juga berbalas pantun


Senang-senang hati puannya
Senang menyanyi lagu Pak Tam
Siapa tau jawapannya
Duit syiling paling hitam?

Memang tuanku bijak sekali
Teka-teki ku cilok dari blog lain
Jangan jawab berkali kali
Kalau tak hitam macam..









-------------------------------------------------------------

Haish.. Aku perlukan satu cuti yang panjang dan eksotik bagi mengembalikan keremajaan dan sifat periang.
Sebok sebok-sebok dengan kerja menjadikan aku tidak "fun" seperti Marylin Munroe di dalam kubur beliau.

Cakap pasal artis, pernah tak korang tersilap dan terkeliru antara Madona dan Maradona?
Aku pernah terlibat dalam situasi janggal ni dalam satu perbualan melibatkan pemain-pemain dunia semasa World Cup (saiz wanita paling besar..). entah tahun bila agaknya dah lupa.

Perbualan berakhir dengan aku menunjukkan gambar Madona kepada "beliau" yang beriya-iya mengatakan penyanyi itu menjaringkan gol "Hand of God".












*Ya, semasa menjaringkan gol Madonna akan berkata "Goool, la isla bonita!"


-------------------------------------------------------------
Nak cuti mana ye dalam masa terhampir ni.. tahun baru cina korang ada plan pegi mana2?
Korang tau tak jalan nak pegi ke Dave's Deli @ Subang Parade kalo dari Komuter Bangi?

Mesti korang kata "ala google maps kan ada.."
Tu la korang ni.. aku bukan tak reti tengok google maps.. tapi aku lebih suka interaksi dengan manusia..
Boleh tengok korang garu-garu kepala sambil buat dahi kerut-kerut macam anak buah aboy nama Adam.










Inilah Adam yang periang 
macam Mao Zidong bila 
menang lawan Koumintang.

Aku : abang nak air apa?
Adam : nak air milo lah.
Aku : (amik milo tin dekat petronas seksyen 3..)
Adam : eh eh.. nak yang kotak je lah..
Aku : (amik milo kotak dekat petronas seksyen 3..)
Adam : nak air coklat skali lah..
Aku : tu kan dah ada milo?
Adam : kalau minum air coklat ni boleh pandai ABC
Aku : siapa cakap?
Adam : dekat tivi lah~
Brader depan aku+acik sebelah+adik cashier suma pakat gelak serentak.

-------------------------------------------------------------
Sekian
Salam alaykum


5 comments:

Anonymous said...

steady la Adam!
pakcik sham kena game...
hahahaha

pekidon said...

adam mmg terbaik
lain kali ajak beli pomenan dgn abg mouse ni

Anonymous said...

tanpa nama : apa pakcik? abang la.. mudaa..

pakingson : pomenan buleh, kalau boleh buat pandai baca Quran. Aha. Amcam?

Azna said...

aku taw jalan ke sana.. maw drive ka naek tren?

Anonymous said...

takpe.. aku gerak esok ngn boy.. jom lepak dave's.. kembalikan memori sekolah.. hahaha..