Friday, October 8, 2010

Ustadz Haji Mouse Al-Abqori : Salam! Salam! Salam!


Salam! Salam! Salam! 
Assalamualaikum wrbt.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): “Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik dan betul.”
186:2

(Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!
4:60

Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan). Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, disediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.
26:42

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.
51:41


"Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah segala permintaan kami, permudahkanlah urusan kami, di dunia mahupun di akhirat."



Salam! Salam! Salam!

kepada yang hendak mendirikan masjid
Selamat Pengantin Baru,

kepada yang sudah cukup bulan
Selamat Ber Anak Cucu.
.(^.^).


Salam alaykum




2 comments:

Mr_B said...

Pengatin baru la samdol. Bkn penganti. Yg dah kawin baru la cari ganti yg baru.

Anonymous said...

HAHAHA.. aku ingat org lain yang reply laju2.. sekali engkau daa.. saje aku buat camtu.. bahaya ni en B.. kawal sikit kelelakian tu..