Tuesday, October 12, 2010

Urut BATIN

Aku type urut mesti kuar gambar pumpuan seksi... nah amik korang kaki..


Assalamualaikum wrbt.

Buat pengetahuan korang.. semalam lepas keje aku telah pergi rumah seorang tukang urut.. aku dah tak tahan lagi dah.. dah lama sangat aku menanggung derita... dekat lebih kurang sebulan aku menanti detik paling afdal..

maka dengan tekad dan semangat yang tinggi.. aku pun lincah kadok mencilok segala kenderaan dihadapan aku termasuk kereta yang sedang dicuci di hadapan kedai cuci kereta seksyen satu bangi.. 
aku ingat kete tu nak jalan.. ghupenye dah siap basuh... macha tu tolong parkingkan.. kah kah kah.. sory la macha.. aku nak cepat.. karang dah maghrib takut pulak aku sensorang..

Tiba sahaja aku di perkarangan "rumah urut" tersebut, aku pun mula mencari parking. Member aku yang suggest tempat ni kate selalunya ramai. Tapi kali ni aku tak nampak pulak kete bebanyak parking. Mungkinkah aku tersalah? Tanpa berfikir panjang, aku pun terus la masuk ke halaman rumah tersebut. Suspen dan teruja. Itulah perasaan aku bila aku tengok tempat tu.

Aku mula pandang kiri kanan mencari kepastian dan kelibat manusia untuk aku bertanya. Sampai je depan pintu, aku nampak satu kilauan. Rupenye kepala botak tengah acik tukang urut tu sedang khusyuk mengurut kaki seorang pesakit. Aku pun memberi salam. 

"nak urut boleh lagi cik..?"
tanya aku

"kalau boleh tunggu.. bolehlah.."
jawab pakcik tersebut

"haaa.. boleh cik boleh.."
jawab aku sedikit gembira

Aku pun dipersilakan masuk lalu terus duduk.

"sakit ape?"
soal pakcik tersebut

"sakit lutut cik.. main bola.."
jawab aku, padat

"heh.."
sindir pakcik tersebut, menjeling dan mengalihkan pandangan kepada pesakit yang sedang dirawat

Aku pun duduk bersila, berlunjur, bersila dan berlunjur sebab agak lama dalam 25 minit jugak la aku kne tunggu acik tu setel; sambil aku tengok tv ade konserto jom heboh.

Selesai aje pakcik tu mengurut pesakit tu, die pun bangun. Amik rokok nusantara hijau, bakar dekat depan pintu.

"pergi mana bang..?"
tanya persakit tersebut

"buang air.."
jawab acik tukang urut botak tengah  ringkas

Maka aku pun menunggu lagi dalam agak-agak 10 minit, dan mula la aku terfikir macam-macam; acik tu bakar rokok sebelum pergi toilet, ini mesti bukan buang air biasa ni.. ni mesti "besar" punye kes... adei.. dan akulah pesakit seterusnya yang akan diurut oleh pakcik tersebut, menggunakan TANGAN ITU. Takpelah kata aku, mungkin lebih power.

"duduk.."
kata pakcik tersebut

Aku pun duduk bersandar di dinding dengan kaki berlunjur

"lutut yang ni sakit cik.."
kata aku sambil mengarah ke arah kaki kanan aku

Pakcik tu pandang aku, angguk, dan bermulalah sesi pengurutan.


1. Hah haaa.. suspen kan cite aku... sakit woooo pakcik tu urut.. die starting urut kaki kiri dulu.. pastu baru kaki kanan..

2. Pakcik tu akan menggunakan kayu bulat kecik untuk luruskan urat-urat kaki... time tu la rase nak menjerit.. tapi nasib baik masa tu ade sorang makcik dan husband die... aku ape lagi.. hero la.. hero mana jerit-jerit..

3. Masa die urut kaki kiri tu macam-macam la history kau keluar.. pernah itu lah.. pernah ini lah.. sakit itu lah sakit ini lah.. tapi yang paling aku terkesima adalah apabila die cakap kat aku: "kau ni liat bangun pagi kan?". Ah sudah.. apo ni cik.. urat malas mana pulak yang acik pegang tu? soal aku dalam hati... tapi sebenarnya aku selamber je cakap kat acik tu.. "ala cik semua orang pun liat bangun pagi.." die pun sengih je laaa... nak buat ape lagi ye dak.. nasib baik die tak kata "kau ni rabun kan..?" sebab memang terang-terang aku pakai spek time tu.

4. Justeru, itu lah sedikit sebanyak yang aku rajin nak story.. ala korang bukan rajin sangat nak baca pun.. nak kene urut neh... "kau nih malas baca belog nih.." haaa.. itu kalau aku jadi tukang urut... " malas minam teh.." "suka tengok kartun.." "tak suka angkat talipon.." mesti hangen je sape yang urut ngan aku.. keh keh keh..

Maka dengan itu aku pun berkata "Ok lah geng... i pun dah letih menaip.. ade hal sket.. meeting ngan belia-belia negara.. nanti i cerita lagi yer.. you all jangan nakal-nakal.. jangan ngada-ngada nak urut batin lain.. takut nanti terjerit batinmu di akhirat sana.. awwwwh!"


Sekain, Salam alaykum


5 comments:

x13 said...

da cam org tue da kau ni, pegi urut bagai......

Anonymous said...

muda2 ni la nak diurut.. dah tua sok keje mengurut.. ngee.. (aku tak faham sangat.. ni ayat2 org "muda" kat sini.. haha..)

pendud said...

haha aku ingat urut ape td..

Anonymous said...

urut ape lagi yg ko tau pend?

Jemi said...

Ada contact tukang urut tu tak?