Thursday, August 26, 2010

Si Merah Jambu

-go figure it out-

Assalamualaikum wrbt.

Berjumpa lagi di bulan Ogos cemerlang ini. Aku rasa bulan Ogos ni la bulan paling banyak aku post ceritera repek. Nampak sangat aku semakin bersemangat dan berilham ketika aku berperut lapar. Hurm, bagus jugak puasa nie. Mungkin aku akan try berpuasa sepanjang tahun lepas ni. 

Apa rasa die? Adakah aku akan senipis papan luncur? atau disalah-sangka berpenyakit aneroxia? atau mungkin aku tak buat pun sebab kawan-kawan aku mulut biadap, mesti dorang tak setuju dengan keputusan aku dan mengeluarkan kata-kata biadap dari mulut biadap mereka tersebut. 

Tetapi mungkin juga dengan berlapar aku akan menghasilkan karya yang cukup agung setanding dengan karya-karya tongkat waran, shakespeare dll.?

1. Pelik, aku mulai pelik. Tujuan aku menulis warkah ni bukan nak mengulas pasal karya atau yang bersangkut paut dengan bidang penulisan. 

2. Sebenarnya aku nak cite pasal BAJU RAYA! hehehe! korang pun mesti dah beli an!!???

3. ME-RAH JAM-BU Ye begitulah sebutannya TEMA BAJU RAYA kami tahun ni. 

4. Mula-mula mak aku dah pilih dah color oren sebab memang adik aku Suraya a.k.a Yaya dah beli baju color oren.

5. Jadi tibalah giliran aku dengan Iqbal a.k.a Ibal untuk pergi membeli baju raya yang disponsor oleh mak aku. Hehehe. 

6.Tapi bila sampai dekat kedai-kedai baju tu color orennye pelik-pelik -oren sangat -tak berapa nak oren -takde saiz dsb.

7. Ini baru masuk minggu kedua dah banyak baju takde saiz. Mesti korang yang belum beli baju raya lagi dah risau kan. Tak la. Aku main-main je. Baju ade je saiz. Cume adik aku Ibal ni saiz die pelik sikit. Tak kecil dan tak besar serta tak sedang-sedang. Payah. So korang yang normal ni jgn risau la. Ade lagi baju untuk korang. Raya pun lambat lagi.

8. JADI kitorang pun buntu. Bile tanye mak aku die kate oren atau hijau. TAPI baju-baju tu sume color tak berkenan kat hati aku dan Ibal. Last-last kitorang mintak pendapat Yaya. 

9. "Pink pun ok jugak adik rasa." terbaik jawapan dari adik aku. Terus aku dan Ibal berpandangan. Selepas itu aku dan Ibal mengalihkan pandangan ke arah mama yang sedang memilih baju pink; sepantas kilat.

10. Maka pink lah adanya baju raya kami sekeluarga pada raya tahun ini. Gambar aku melaram pakai baju raya sejurus selepas balik dari membeli baju tersebut aku simpan dulu la. Tak surprise pulak nanti. Heehehe, tunggu raya ye kawan-kawan.

11. MASA aku tengah test-test baju tu kat rumah si Yaya jeling-jeling seakan jeles sebab tadi tak sempat nak shopping baju die. SO aku pun usik la si kecik ni "jangan jeles ye cik oren" kata aku. "Eleh.. baju adik lagi mahal.. huh! (jeling.. turun dari kerusi.. pergi main kat luar dengan kawan die dengan muke puas..)". Padan muke aku.

12. Soalan. "ape jadi dengan baju oren korang (mak aku dan yaya)?" tanya aku.
"Nanti kitorang beli baru la untuk sama tema." jawab mama dengan muke terpaksa beli.


13. Ceh.. padahal memang nak beraya sakan.. macam la ada beza tahun ni dengan tahun-tahun yang lain... mesti baju korang 6-7 pasang mengalahkan Fasya Sandha.


14. Oke lah geng. masa pun dah cantik untuk aku balik. karang jem pulak jalan. aku nak pi amik seluar aku. boleh pulak die koyak di khalayak ramai SEMALAM. tersepit-sepit lah aku mengharungi manusia menghantar seluar ke kedai jahit pada waktu terik tengah hari tersebut. SKANG AKU NK PI AMIK, BERTUAH PUNYE SELUAR.

15. Kepada yang nak membeli baju raya hari ni dan onwards, aku ucapkan selamat membeli belah. Semoga bergembira di hari raya nanti. Ape salahnye kalau sekali sekala menikmati rezeki duit yang diberikan Allah kepada kita. Ye dak? Penat-penat kerja, inilah masanya. Siap dapat bonus raya lagi. Terima kasih Dato' Seri kerana menyain kelulusan tersebut.


2 3 4 5
6 7 8 9
2 3 4 5
8 7 6 9?

(ni pantun nombor.. kalau terer korang jawab la..)

Sekian, salam-alaykum
-mSk-

4 comments:

Fana Hadi said...

Pantun ko jugak yang terbaik! Hahahaha.
Jmpt dtg ry perak. :)

Fana Hadi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

saya ingin cuba membeli...

x v iv vii
xii iv v vix
x v iv vii
xii iv v vix

Anonymous said...

farhana : apesal ko kat perak plak neh? bile mase kawen ng orang perak? bila masa perak ade kene mengene dengan ente?

anonimounous:

x v iv vii
xii iv v vix
x v iv vii
xii iv v vix

logik2 la sikit pantun tu.. rangkap ke 4 takleh sama dengan rangkap ke-dua.. harap dapat beri penekanan.. untuk maklumat lanjut mengenai pantun-pantu.. silalah google subjek tersebut. sekian. (^.-)